in , ,

Amen Khalid Sempurnakan Karya Terakhir Allahyarham Mamat Khalid KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI

Amen Khalid Penyambung Legasi Allahyarham Mamat Khalid, Sempurnakan Karya Terakhir ‘Kampong Pisang Berbuah Dua Kali’. ‘Di Pawagam Rumah Anda, Astro First Bermula 3 Mac Ini’

Sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan sebuah legasi cukup besar buat industri penyiaran, perfileman Malaysia serta masyarakat. 

Kejayaan- kejayaan yang dicipta turut menyumbang kepada corak perubahan perfileman tempatan, antaranya filem Hantu Kak Limah menjadi filem pertama negara yang menembusi kutipan pecah panggung RM30 juta, francais filem komedi No 1 tanah air ‘Kampong Pisang’ telah dikembangkan dari filem ke drama siri premium, telemovie serta filem pendek, dan lebih unik menjadi satu-satunya jenama filem tempatan yang masih menerima reaksi positif serta relevan hingga ke hari ini meskipun telah diperkenalkan sejak lebih sedekad lalu. 

Poster Kampong Pisang Berbuah Dua Kali (eng)

Bagi meneruskan perjuangan seni dan legasi Allahyarham Mamat Khalid, anak keempatnya iaitu Amen Khalid menggalas tanggungjawab dengan mengarahkan hasil karya terakhir ayahnya, iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Pastinya filem ini akan menjadi kebanggaan buat keluarga dan peminat. Amen Khalid sering di samping bapanya dalam penghasilan karya-karya lalu, telah menyahut cabaran menyempurnakan tanggungjawab bapanya mengarahkan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali dan ini merupakan pertama kali dia menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem. Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem ‘Sis Ngensot’ dan ‘Pochong’ yang ditayangkan di saluran BOO (404). 

4

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 3 Mac hadapan. 

Mengekalkan tunggak utama dalam meneraju watak sebagai penduduk Kampong Pisang, seperti Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati). 

Menerusi filem terbaru ini, buat julung-julung kalinya Pak Karim yang dikenali sebagai mantan guru silat yang di segani dalam kampung itu mempamerkan taring dan ketangkasannya dalam bersilat yang tidak pernah disajikan menerusi sekuel terdahulu. Selain itu, memperlihatkan juga semangat tidak putus asa Barkoba untuk mendapatkan cinta Yati kesinambungan daripada ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’. 

8

Setiap naskhah Kampong Pisang pasti diwarnai dengan watak wanita dengan karakter tersendiri. Kehadiran pelakon Datin Paduka Eina Azman memegang watak sebagai Cik Mek sudah pasti menambahkan kegamatan dalam kampung ini. 

Beliau juga turut menyanyikan sebuah lagu bersama watak baru Cik Gerhana lakonan Azman Mantra personaliti media sosial yang pernah tular kerana nyanyiannya. 

Selain mereka, watak baru yang turut diperkenalkan adalah Yaakob Kangkong lakonan oleh pengacara Dollah Cantik

Cukup menarik juga, watak daripada ‘Kampong Pisang Bersiri Siri’, iaitu Khuda serta Teck Zee (Kampong Pisang Kita Setandan) turut kembali dalam filem ini. 

Tampil sedikit berbeza, ini adalah kali pertama menyaksikan universe Kampong Pisang meletakkan elemen memperkasakan golongan wanita (women’s empowerment) dalam memperkukuhkan jalan cerita. 

14

Pengarah Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Amen Khalid 

berkata, “Alhamdulillah, akhirnya filem ini akan menemui penonton tidak lama lagi. Meskipun teruja untuk mempersembahkan karya daripada legasi peninggalan arwah ayah saya, namun dalam masa yang sama saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton terutamanya peminat Kampong Pisang. Ini merupakan taruhan pertama saya sebagai pengarah filem, tentunya saya cuba mengekalkan elemen yang ada dalam Kampong Pisang dan dalam masa yang sama turut menerapkan elemen baru agar gabungan tersebut dapat memberikan pengalaman segar kepada penonton seperti karya-karya sebelumnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan pelakon Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang banyak memberi kerjasama dan bertukar pendapat dalam menjayakan setiap babak. Saya berharap menerusi filem ini akan menjadi permulaan yang baik untuk saya memperjuangkan seni dan teruskan legasi ayah saya.” 

17

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad pula menyatakan, “Kehilangan Allahyarham Mamat Khalid merupakan satu kehilangan permata dalam industri. Namun kami percaya peminat-peminat Kampong Pisang bersetuju tiada siapa yang lebih layak meneruskan perjuangan Allahyarham, selain anak beliau sendiri, Amen Khalid. Selaku penerbit, kami rasa amat bertuah dan merupakan kenangan manis di atas kepercayaan yang diberikan serta peluang bekerjasama dengan seorang sutradara berbakat besar dan dikagumi ramai, iaitu Allahyarham Mamat Khalid. 

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali cukup istimewa kerana ia adalah idea asal oleh Allahyarham dan kami percaya Amen Khalid mampu meneruskan legasi dengan cara serta gayanya tersendiri. Kami harap peminat dan rakan industri dapat memberi sokongan dan semangat kepada pengarah baru yang berbakat. Astro Shaw sentiasa bersedia menyediakan ruang dalam mengetengahkan bakat-bakat kreatif baru untuk mempersembahkan karya seni mereka. Insyallah, banyak lagi perancangan Astro Shaw bersama produksi Enjit Enjit Semut kelak, jadi nantikan.” 

5

Kampong Pisang dilanda misteri lagi! Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka. 

Saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 3 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SPRM Mengembalikan Dokumen Yang Diambil Daripada PPM

Dato’ Zainal Abidin, Bunga & Ramai Lagi Bakal Jayakan Konsert Lagu Rakyat Di Istana Budaya