in , ,

“Amelia Seorang Wanita Yang Sangat Cantik, Bijak & Pintar,” – Aedy Ashraf

Umum mengetahui hubungan cinta pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bukan lagi rahsia. Malah, kedua-duanya terbuka untuk berkongsikan kemesraan di media sosial.

Aedy Ashraf mengakui tertarik dengan Amelia kerana rupa parasnya yang cantik serta menyifatkan aktres itu seorang yang bijak.

“Dia adalah seorang wanita yang sangat cantik. Dia bijak dan pintar. Saya rasa, apa yang buatkan saya lebih tertarik dengannya adalah bagaimana dia begitu komited dengan kerja dan mengelola hidupnya.

“Sebenarnya, kita sangat rapat. Kita sentiasa ada untuk satu sama lain dan dia adalah penyokong terbesar saya. Hal sebegini yang menjadikan saya lebih menghargainya,” katanya.

Dalam pada itu, Aedy mendedahkan dia dan Amelia sudah saling berjumpa dengan keluarga masing-masing. Katanya lagi, buat masa ini keduanya sibuk dengan pekerjaan.

“Kita tak nak letak satu tarikh atau target sebab masing-masing sibuk. Dia pula komited dengan kerja sampai saya pun terinspirasi dengan dia.

“Tambahan pula, saya dan Amelia mempunyai pemikiran yang sama. Famili pun kita dah berjumpa, dah berkenalan. Insya-Allah kalau ada rezeki, ada jodoh, adalah,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Samsung Galaxy Tab S9 FE+ Ekosistem, Prestasi & Harga Memang Berbaloi

NABILA RAZALI PUTUS

Sah! Nabila Razali Kini Jadi isteri Nik Iruwan Dengan Sekali Lafaz