in , ,

Ameer Forteen Selamat Nikah Dengan Siti Nurnaja’a

Anggota kumpulan Forteen, Mohd Arif Ameerais atau Ameer selamat bernikah dengan pasangannya Naja Shamsul Kamar semalam.

Berita gembira itu dikongsi Ameer menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

“Alhamdulillah, selamat disatukan, semoga masjid yang dibina diberikan barakah dan kebahagiaan dunia dan akhirat, I love you dear, wife,”

– Ameer Forteen via Instagram
Ameer Nikah

Dalam foto di entri tersebut, kedua mempelai itu begambar di atas pelamin sejurus selepas majlis akad nikah yang difahamkan berlangsung petang semalam.

“Debaran nak naik pelamin sangat berbeza. Rasa berdebar ketika hendak membuat persembahan nyanyian pun tidak sehebat ini.”

– Ameer

Demikian ungkapan anggota kumpulan Forteen, Ameer, sebelum diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar, hari ini.

Pasangan terbabit dinikahkan abang pengantin perempuan, Muhd Haqem, jam 4.08 petang semalam di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati, di sini, dengan disaksikan anggota keluarga dan saudara terdekat kedua-dua pihak.

Pada majlis itu, Ameer atau Mohd Arif Ameerais Azhar, 29, yang sah bergelar suami dengan sekali lafaz menyerahkan wang hantaran berjumlah RM10,000, mas kahwin RM300 dan tujuh dulang hantaran kepada isteri, berbalas sembilan.

“Syukur semuanya selamat. Kini, bermulalah fasa baharu kami berdua sebagai suami isteri. Insya-Allah, kami akan sama-sama menjaga kerukunan rumah tangga yang baru dibina ini.

“Kalau tiada aral melintang, kami akan berbulan madu di Bali, Indonesia, kemungkinan besar selepas Aidilfitri nanti,”

– Ameer

“I Love You Dear Wife” – Ameer

Ameer bertunang dengan Siti Nurnaja’a, 24, pada 13 Oktober tahun lalu di Setapak, selepas lebih setahun berkenalan menerusi media sosial.

Diusik dengan pertanyaan mengenai cahaya mata, kata Ameer, kalau rezeki menyebelahi diri, mereka memang teringin memiliki anak yang ramai.

Tahniah buat Ameer. Sama-sama kita doakan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sampai bila-bila.

“Kalau dapat anak lelaki nanti, bolehlah juga saya fikirkan mengenai penubuhan kumpulan penyanyi bagi meneruskan legasi seni,”

– Ameer

Dalam perkembangan lain, kata Ameer, dia kini mula sibuk mempromosikan single terbaru Forteen berjudul Diam Saja.

Lagu berkenaan adalah karya pertama dirakam mereka tanpa kehadiran Izzue Islam yang meninggalkan kumpulan itu pada November tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem BIKERS KENTAL 2

Filem Epik Kyrgyzstan, KURMANJAN DATKA, QUEEN OF THE MOUNTAINS Dalam Slot Layar Asia