in , ,

Amber Umum Kerjasama Bersama Anna Jobling, Perkenal Koleksi Atma Sari

Wow! Itu perkataan yang terbit dari mulut Budiey semasa melihat dengan mata sendiri koleksi terbaharu dari Amber. Fashion Show pun bukan kaleng-kaleng ada jemput Aina Abdul buat persembahan.

Pada hari ini, tanggal 5 Mac, Amber dengan bangganya telah membuka lembaran baharu dengan mengumumkan koleksi terbaru diorang, yang digelar Atma Sari. Kali ini, Amber buat bekerjasama dengan Anna Jobling dengan menyuntik idea yang cukup bernas dan elegan.

Koleksi kali ini mengadunkan elemen konsep penuh dramatik dengan menerbitkan drama bersiri yang merangkumkan fesyen busana dan baju yang akan digayakan di hari raya nanti. Semasa acara, drama yang berjudul Jodoh Anna dipertontonkan kepada hadirin dengan plot dan skrip yang santai lakonan padu dari pelakon Iedil Putra bersama Anna Jobling.

Amber Umum Kerjasama Bersama Anna Jobling, Perkenal Koleksi Atma Sari

Bagi Budiey, Budiey koleksi ni memang padu gila, campur aduk keanggunan dengan unsur budaya. Budiey berani jamin habis semua peminat fesyen akan teruja gila nanti!

Semasa acara pertunjukan fesyen koleksi baru dari AMBER X ATMA SARI ni, Budiey tergamam kerana nampak semua model memang sweet gila semasa menggayakan koleksi ini!

Anna Jobling pula buat effort nak mempamerkan sisi kelembutan dan kejelitaan wanita dalam koleksi ni dengan warna pastel yang soft. Tapi koleksi lelaki dia lain pula cerita, warna-warnanya berani habis, reflect personality yang strong tapi still polite yang Anna cari. Budiey pun rasa nak beli sepasang untuk digayakan di hari raya nanti.

Ada 15 design yang detailed, dalam total 40 jenis baju. Kalau korang nak pakai casual time Raya pun ada, ada yang ada sulaman cantik-cantik lagi. Sulaman corak bunga tu tambah lagi elegance dan tarikan koleksi ni. Betul-betul tak sabar nak tengok semua koleksi di laman sosial Amber.

Amber Umum Kerjasama Bersama Anna Jobling, Perkenal Koleksi Atma Sari

Koleksi Atma Sari dah boleh korang tengok dan beli terus kat kedai-kedai Raya pilihan dan online platform sekarang. Nak cari kat kedai-kedai, boleh check out RAYA SPACE kat Isetan KLCC atau tempat-tempat lain yang popular macam Event Space, Promo Space, Isetan Garden KL, Isetan Lot 10 KL, dan SOGO KL.

Kalau tak, boleh juga dapatkan koleksi ni kat butik Wangsa Walk Mall atau dekat online platforms macam laman web rasmi, Shopee, dan Zalora.

Dan jangan lupa, penggemar fesyen yang tak sabar nak tengok koleksi Atma Sari boleh datang ke acara-acara eksklusif macam KARNIVAL RAYA, Absolute Fest, Singapore Fest, dan Brunei Fest. Kat situ la korang boleh tengok koleksi ni dalam glory dia punya!

Mengenai Amber dan Datuk Adzliana Hasan

Diasaskan oleh Datuk Adzliana Hasan yang terhormat, Amber menjadi lambang kuasa wanita dan keusahawanan, yang digerakkan melalui Usanita.

Dengan komitmen terhadap kecemerlangan dan penghargaan budaya, Amber terus menentukan semula fesyen modest, memberi inspirasi kepada individu di seluruh dunia. Temui Koleksi Atma Sari Untuk gambar-gambar beresolusi tinggi koleksi Atma Sari, sila lawati https://amberofficials.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALAMANDA

Aktiviti Menarik Cuti Sekolah di Karnival Vikids di Alamanda Putrajaya

Sekitar Pelancaran Jelajah 5 Kota Saudi dan Ihram Personal Care Khalisah