in

AmBank-RTM Cipta Lagu 2011

AmBank-RTM Cipta Lagu 2011

RM116 Ribu Buat 12 Komposer Peringkat Akhir

AmBank-RTM Cipta Lagu 2011, membuktikan kesungguhan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama AmBank, Koperasi Industri Muzik Malaysia (KOPSTAR) dan Erama TV dalam pencarian lagu-lagu ciptaan karyawan seni tempatan untuk pasaran antarabangsa.

Peringkat Akhir AmBank-RTM Cipta Lagu 2011, dengan 12 orang peserta, berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri dan turut disiarkan secara langsung jam 9.00 malam menerusi saluran TV2.

Pertandingan yang mengangkat lagu-lagu karya tempatan pelbagai genre muzik beridentitikan Malaysia ini manjadi platform bagi pengkarya untuk mempersembahkan ciptaan mereka kepada umum. Sokongan harus diberikan kepada RTM yang sentiasa berusaha untuk memartabatkan pengkarya seni tempatan.

AmBank, Koperasi Industri Muzik Malaysia (KOPSTAR) dan Erama TV harus diberi pujian kerana menyokong dan membantu usaha merancakkan perkembangan serta menyemarakkan lagi industry muzik Malaysia ke persada dunia antarabangsa.

Mengangkat tema Muzik Tanpa Sempadan, sebanyak 12 buah lagu yang bertanding bakal diadili serta dinilai mengikut melodi dan ketulenan, lirik, potensi dan genre serta komposisi atau penyusunan muzik. Juri profesional terdiri daripada Dato’ Ramli M.S, Dato’ Wah Idris, Dato’ Freddie Fernandez, Dato’ M. Nasir, Adnan Abu Hassan dan Patrick Tebrack (Pensyarah Muzik – Teknik Komposisi dan Penggubahan, penglibat jazz dari Amerika Syarikat). Pengerusi juri, Dato’ Mokhzani Ismail, Pengarah Perkhidmatan Muzik RTM. Sebanyak 80% markah penjurian ditentukan oleh juri-juru profesional, sementara 20% lagi daripada juri-juri awam (menggunakan sistem ‘voting’), di mana juri-juri ini dipilih berdasarkan latar belakang dalam bidang muzik.

12 buah lagu yang berjaya ke peringkat akhir AmBank-RTM 2011 Cipta Lagu adalah Lets Our Hands Merged (Vijayanathan Dhaharasen), Kau Bukan Untuk Ku (Ezra Ily Gabu), Lali Lala (Khairul Nizam – Toi AF6), Kau Tetap Kekasihku (Ismail Datuk Dr. Ahmad Nawab), Waktu (Alfred Teo Choon Hua), Dirimu Terunggul (Raizan Zainal Abidin – Neves Pretty Ugly), Limpahi Aku Keampunan (Syed Hanafi Syed Abdullah), Can I Be The One (Mohd Adam Masumi), December Skies (Jimmy Fong Chin Chow), Through Your Eyes (Loo See Luan), Satu Malaysia (Sharnaz Saberi) dan Bingkisan Dari Hati (Salman Shariff).

Pertandingan AmBank-RTM 2011 Cipta Lagu yang bermula pada Jun lalu telah menarik lebih daripada 3,000 penyertaan dari seluruh Malaysia dan menawarkan hadiah wang tunai RM40,000 kepada johan, naib johan RM25,000 dan tempat ketiga RM15,000. Malah sembilan peserta akhir juga akan menerima RM4,000 di mana jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan bernilai RM116,000.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Celebrates 10 Years of Awesome-ness

Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda