in , ,

Amaran Apple MagSafe & iPhone 12 Boleh Menggangu Prestasi Alat Perubatan

Baru-baru ini Apple telah mengeluarkan amaran kepada pengguna barisan model iPhone 12 termasuklah iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max dan aksesori MagSafe.

Apple menyatakan bahawa peranti-peranti ini mungkin boleh menggangu keupayaan peralatan perubatan jika berada terlalu dekat antara satu sama lain.

Ini kerana kesemua peranti tersebut mengandungi peralatan dalaman seperti magnet.

“iPhone contains magnets as well as components and radios that emit electromagnetic fields. All MagSafe accessories (each sold separately) also contain magnets—and MagSafe Charger and MagSafe Duo Charger contain radios. These magnets and electromagnetic fields might interfere with medical devices.”

–  Apple

Oleh itu, Apple mengesyorkan pengguna supaya menjauhkan peranti-peranti ini dari peralatan perubatan seperti defibrillator sejauh 6 inci / 15 cm atau lebih daripada 12 inci / 30 cm jika melakukan pengecasan tanpa wayar.

Malah Apple juga menasihatkan supaya berheti menggunakan iPhone atau sebarang aksesori MagSafe jika anda mengesyaki ia menganggu alat perubatan yang sedang digunakan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hazamin Inteam Sertai Misi Kemanusiaan Musim Sejuk di Syria

Wajib Tonton! Ini Senarai Drama Korea Menarik di Netflix Februari Ini