in , ,

Amar Baharin Sahkan Amyra Rosli Hamil Tujuh Minggu

Pelakon popular Amar Baharin mengesahkan isterinya yang juga pelakon Amyra Rosli hamil tujuh minggu.

Amar, 32, berkata perkara itu disahkan doktor selepas Amyra dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara semalam akibat sakit perut dan muntah-muntah.

“Alhamdulillah ini berita gembira yang saya ingin kongsikan kepada semua. Sebenarnya pada 9 Mac lalu kami sudah mendapat tahu tanda awal kehamilan. Tapi kami tak mahu terlalu berharap.

“Sehinggalah semalam apabila Amyra dimasukkan ke hospital baru doktor mengesahkan perkara itu. Jadi baru saya boleh berkongsi berita kehamilan ini. Namun saya tak nak terlalu teruja kerana kandungan masih di peringkat awal,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Amar, isterinya tidak menunjukkan sebarang tanda kehamilan kerana masih aktif bekerja dan terbabit dengan aktviti sukan ekstrem.

“Pada 27 Februari lalu kami pergi ke Australia bagi menjayakan program Project Them Park terbitan Astro Ria. Di sana kami perlu menaiki permainan taman tema yang sangat mencabar.

“Jadi apabila pulang ke tanah air baru isteri mengadu sakit perut. Dia menyangka itu kesan daripada aktviti di sana. Tapi selepas kerap sakit dan muntah-muntah, saya terus membawanya ke hospital,” katanya.

Buat masa sekarang Amyra dinasihatkan doktor untuk berehat dua minggu daripada terbabit dengan sebarang aktiviti berat.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nickelodeon Lost Lagoon Turns One!

Netflix Announces Original Anime Series, Devilman Crybaby