Impian pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli untuk menimang cahaya mata kedua pada 2 Februari 2020 tidak menjadi kenyataan apabila Amyra selamat melahirkan bayi perempuan pagi hari ini. Amar memaklum perkara itu menerusi Instagram hari ini.

Bayi sihat dan isteri juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan,†tulisnya.
Terdahulu, sempena ulang tahun Amar yang ke-34 Ogos tahun lalu, Amyra membuat kejutan terindah apabila dia mengesahkan hamil anak kedua dan berharap dapat bersalin pada 2 Februari atau 02022020.
Amar menikahi Amyra pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun tiga bulan.
