in ,

Amanda Imani Lancar Album BLACKHEART

Penyanyi tempatan, Amanda Imani telah melancarkan album terbarunya sekali gus menterjemahkan rasa cintanya terhadap muzik dan dalam masa sama ingin membantu pihak lain.

Diberi judul ‘Blackheart’, album Bahasa Inggeris sepenuhnya ini berlainan daripada Amanda yang sebelum ini. Kesemua tujuh buah lagu dan dua lagu bonus yang dimuatkan di dalam album ini ditulis, dicipta dan diterbitkan sepenuhnya oleh Amanda sendiri. Malah, album ini juga diedarkan sendiri oleh Amanda Imani Productions. Selain dihasilkan sepenuhnya, nada yang diketengahkan menerusi album ini juga cukup berbeza berbanding album yang sebelumnya. Tidak salah jika dikatakan, album Inggeris ini menampilkan sisi matang Amanda dalam penghasilan lirik serta susunan muzik.

Amanda Imani

Bercakap di majlis pelancaran albumnya yang diadakan di Borders, The Curve hari ini, Amanda menyatakan perbezaan yang ketara di dalam album terbarunya yang mana ia bukan seperti kebiasaan.

“Apabila saya mula menceburkan diri dalam industry muzik, saya tidak mempunyai muzik saya sendiri. Ia bermula beberapa tahunlepas, setelah mengumpul pengalaman dalam duna seni, saya perlu menjadi lebih kreatif dalam penulisan, mencipta serta menerbitkan muzik saya sendiri.

“Mendengarkan sahaja judulnya, ia bukan sesuatu yang ‘mainstream’, sebaliknya dengan adanya elemen gembira, sentimental pop muzik, saya percaya peminat pasti boleh menerimanya. Saya ingin tonjolkan sisi berbeza saya, jadi hasilnya perlu kelihatan lebih matang, lebih pejal dan lebih ‘memberontak’. Ia sebuah genre yang dinamakan pop alternatif,” kata Amanda.

Sesuatu yang istimewa apabila menerusi album ini, Amanda bagaikan berbicara melalui hati dan fikirannya yang mana setiap lagu menyentuh pelbagai subjek terkini dari perhubungan manusia hingga isu global. Lagu ‘Blackheart’ misalnya berkisarkan kepayahan serta cabaran individu menghadapi kehidupan dan sejauh mana kesanggupan mereka dalam mencapai kejayaan. Lagu ‘Heart for Hire’ pula berkisar tentang rutin hidup yang dikelilingi dengan pangkat dan kemewahan, mengejar harta dan korbankan emosi demi kepuasan dan kesenangan yang sementara.

Album ini juga turut memaparkan pemangkin di sebalik proses kreativiti dan pandangan oleh Amanda. ‘City of Angels’, seperti judulnya ia sebagai tanda penghargaan kepada bandar Los Angeles, California, di mana tempat Amanda menghabiskan masa sebelum ini. Lagu ini menceritakan tentang Bandar tersebut sebagai daya penarik untuk penggiat seni dan memberi inspirasi yang kreatif untuk muzik dan budaya.

Sebahagian lagi lagu di dalam album ini mengisahkan trend sosial masa kini. ‘Next Generation’ sebagai contoh menceritakan tentang kebebasan serta pemberontakan, di mana Amanda mengaitkannya dengan kehidupan remaja pada masa kini yang mana kebanyakannya berpaksikan hidup untuk hari ini atau ‘YOLO’ (you only live once / anda hidup Cuma sekali). Perbuatan didahulukan, kesan atas perbuatan itu tidak penting bagi mereka. Selain itu, ‘I’ve Got It All’ berkisar tentang individu yang mahu memiliki setiap kemahuannya, tetapi tidak gembira akan hidupnya, yang akhirnya membuktikan kemasyhuran, duit dan harta benda bukanlah segalanya kecuali cinta dan kasih sayang.

Untuk lagu ‘Newlyweds’, Amanda menceritakan tentang hubungan dua nyawa yang menghasilkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan sehingga menyerlahkan realiti sebenar sebuah perhubungan yang disulami dengan pembohongan dan penipuan. Membawa penceritaan yang berbeza dari sisi hitam sebuah perhubungan, lagu bonus ‘Billionnaire Boy’, Amanda menceritakan tentang kegilaan serta keterujaannya terhadap seorang lelaki yang mempunyai gaya hidup yang menarik serta mampu menambat hati orang ramai.

‘Blackheart’ juga menampilkan beberapa lagu bersifatkan kewanitaan seperti ‘Black Widow’. Kerana dirinya seorang wanita, Amanda menyuarakan tentang ketidakadilan terhadap wanita dalam masyarakat. Sebagai contoh, keupayaan para wanita untuk berjaya dalam bidang yang dikuasai oleh kaum adam tanpa menerima pandangan negative daripada masyarakat. ‘Like a Boss’ juga merupakan lagu bonus yang dimuatkan di dalam album ini. Menggambarkan sifat berdikari wanita yang mana mempunyai kuasa di atas perubahan terhadap dirinya sendiri. Kejayaan yang diraih adalah usaha mereka sendiri.

Amanda Imani

Walupun album terbaru ini bersifat ‘gelap’dan berbaur kontroversi, Amanda tidak melupakan pemangkin kepada terhasilnya album ini. “Saya mahu ‘Blackheart’ menjadi bukti kepada masyarakat bahawasanya wanita mempunyai naik turunnya tetapi wanita tetap tabah untuk teruskan kehidupan dan terus belajar. Di setiap tahap yang kita lalui, kita tempuhi cabaran dan kejayaan, ada dan hilang seseorang itu adalah perkara biasa. Ia berpaksikan kepada nilai kepercayaan kepada diri sendiri untuk pejalanan hidup yang bermakna. Kepuasan adalah rekaan minda, perasaan yang membentuk kita sebagai manusia,” luahnya.

Dengan aura positif di minda, Amanda telah mengambil satu inisiatif murni sempena pelancaran ‘Blackheart’. Dengan adanya kerjasama antara Amanda serta Borders Malaysia dan Starbucks Malaysia, sebahagian daripada hasil penjualan album ini akan disumbangkan untuk tujuan amal. Kempen selama tiga bulan ini, bermula pada 15 November 2014 sehingga 28 Februari 2015, sebahagian daripada hasil jualan album ini di seluruh kedai buku Borders akan disumbangkan kepada organisasi Malaysian Independent Animal Rescue (MIAR); manakala sebahagian daripada jualan album ini di seluruh kafe Starbucks akan disalurkan kepada Make A Wish Malaysia, bagi membantu kanak-kanak dalam keadaan terancam nyawa.

“Saya percaya akan kuasa yang diberi kepada kita yang membolehkan kita menyumbang kepada masyarakat dengan memainkan peranan sebagai seorang yang prihatin. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, setiap bantuan amat bernilai. Jika kita mampu membuat seorang anak kecil tersenyum, atau memberi seekor Kucing tempat berlindung yang sempurna, hasilnya tidak merugikan malah memberi kepuasan kepada diri kita,” ujar Amanda tentang kerjasama tersebut.

Blackheart oleh Amanda Imani boleh didapati di Borders Malaysia, Tower Records Malaysia, Starbucks Malaysia, iTunes, Amazon.com dan Spotify.

Amanda Imani

Amanda Imani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Justin Bieber Menang Besar Dalam MTV EMA Awards

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Karnival Usahawan Belia 2015