Fasih dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris, Aman Ra telah bekerjasama dengan beberapa nama besar dunia muzik tempatan seperti Altimet, Hunny Madu, Dayang Nurfaizah dan Hazama. Malah dia terus mengukuhkan kedudukannya dalam arena muzik Malaysia dengan melancarkan lagu-lagu berkualiti setiap kali peluang itu muncul.
Dia juga telah dipilih sebagai penulis lirik dan diberi peluang untuk menyampaikan lagu tema Sukan Paralimpik ASEAN ke-9 berjudul ‘I Am Here’ di Kuala Lumpur. Aman RA turut muncul dalam klip video lagu tersebut yang melambangkan semangat untuk mengatasi kekangan, menekankan kejayaan para atlit suka Paralimpik ASEAN selain diberi peluang untuk tampil di acara pembukaan rasmi Sukan Paralimpik ASEAN di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 September 2017.
Selain hebat beraksi di pentas, penyanyi rap berbakat ini juga seorang usahawan dan telah melancarkan jenama barangannya sendiri iaitu BudakFlat Co dan Boleh Pergi Mampus.
Dan setelah agak lama menyepikan diri, Aman RA muncul dengan lagu terbaru berjudul ‘Bangun’ yang diambil daripada album pengenalannya REBEL.
‘Bangun’ sebenarnya merupakan sambungan lagunya yang terdahulu berjudul ‘Budak Flat’ yang dilancarkan pada tahun 2016. Sungguhpun ‘Budak Flat’menceritakan kenyataan yang lebih gelap tentang kehidupan seorang pemuda yang cuba melalui hidup di sebuah bandraya yang pesat,
Bangun memberi pandangan yang lebih positif kepada pendengar dalam menyampaikan pesanan motivasi untuk bangun dan berjuang demi memperbaiki hidup. Ia menyeru semua orang untuk mengejar impian dn tiada apa yang mustahil jika bekerja keras.
Aman RA sendiri menyatakan yang dialah ‘Budak Flat’yang dimaksudkan di dalam lagu tersebut dan sentiasa mengejar impian untuk berjaya tanpa memikirkan kesusahan yang ada.
Video lagu ini boleh ditonton:
Untuk perkembangan terkini tentang Aman RA layari media sosialnya di:
@amanracom @amanracom amanracom