Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: –
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
8) Sebelum merayakan Aidilfitri, kita diwajibkan membayar zakat fitrah.
[tags]amalam mulia di hari raya, perkara sunat, syawal amalan, ibadat syawal, cara solat sunat aidilfitri, kuih muih raya, lafaz takbir, lirik lagu raya, adat ziarah umat islam[/tags]