in , ,

Amalan-Amalan Sunnah Dalam Program ANDA MUSYKIL?

‘Amalan-Amalan Sunnah’ Dalam Program ‘Anda Musykil?’ pada 9 Jun Ini di TV1

Kita diciptakan oleh Maha Pencipta Allah S.W.T untuk sentiasa beribadah kepadaNya. Namun apakah sebenarnya amalan-amalan sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sejak kita bangun daripada tidur hinggalah kita melelapkan mata kita pada setiap hari? 

Ikuti kupasan perkongsian topik ‘Amalan-Amalan Sunnah’ menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam program “Anda Musykil? Di Sini Ada Jawapannya…” pada 9 Jun ini, pukul 6.00 petang menerusi saluran TV1.

hos Ahmad Izzhar Ahmad Nazri

Program ini bakal menjawab segala persoalan berkaitan soal keagamaan bersama penonton di rumah melalui Telefon, Facebook, SMS dan email. Sebarang kemuskilan yang bersarang di minda para penonton boleh terus bertanyakan kepada penceramah yang diundang pada setiap episod.

Menampilkan pengacara Ahmad Izzhar bin Ahmad Nazri, setiap episod program ini turut mengundang penceramah jemputan berdasarkan topik dibicarakan.

poster Anda Musykil

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar & Raja Azura Menang Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest 2020

Enam Penyanyi Bergabung dalam SYAWAL SEINDAH RAMADHAN