Penyanyi rap serba boleh asal Singapura ALYPH, terus maju lewat projek terbaharunya yang berjudul ‘HEAT’. Ia adalah single kedua daripadanya untuk tahun 2023 selepas ‘CHECK’ yang dilancarkan Februari lalu.
Sama seperti single yang terakhir, ‘HEAT’ menyala masuk ke dalam minit kehidupan sehari-hari beliau. Jika ‘CHECK’ menceritakan keadaan hidup beliau, ‘HEAT’ menganalisa ruang fikiran pejuang hip-hop ini yang telah mencapai kejayaan menakjubkan.
Walau berada di puncak, kadang perlu tetap perlahan-lahan dalam menempuhi kehidupan. ALYPH ingin menjelaskan bahawa kekal dan diam tidak semestinya perkara yang buruk – tapi yang penting adalah bagaimana kita meneruskan pergerakan ke hadapan, dan menyimpan tenaga sebanyak mungkin sehingga ia diperlukan.
“HEAT ialah tentang mencari tenaga selepas berehat untuk seketika,” jelas ALYPH. “Ini adalah perkara biasa – setiap kali saya mahu pergi bekerja, atau melakukan sesuatu, saya perlu diberikan semangat, untuk bersiap sedia buat hari tersebut.”
Walaupun tajuknya mungkin menggambarkan sesuatu yang panas, ‘HEAT‘ seumpama kereta laju yang menelusuri persekitaran yang tidak dikenali. Setiap hari menawarkan sesuatu yang baru buat ALYPH – dia perlu membawa kehangatan, tetapi dia mesti melakukannya dengan tujuan yang betul.
“Tuhan menguji / mental pernah trip / badan pernah trip/ tapi aku switch / get a grip,” nyanyi beliau dalam rap Bahasa Melayu dengan selingan piano dan rentak ‘trap’.
Garis ini menjelaskan bagaimana beliau melihat ujian kehidupan sebagai ujian keyakinan dan kewaspadaan. Malah apabila dia keletihan, dia harus melatih dirinya untuk menukar tenaganya supaya meningkat kembali untuk langkah seterusnya.
Kemudian di dalam lagu, beliau mendedahkan bahawa tenaga beliau datang daripada semangat serta keinginan seseorang yang pernah bermula dari bawah atau “rookie energy”, seperti yang beliau sebut dalam ayat permulaan – even as he continues to perform at the top of his game. “Ini bukan tentang membuktikan diri kepada sesiapa. Ia adalah tentang tidak mahu menjadi selesa kerana sentiasa ada sesuatu yang lebih besar yang saya mahu capai untuk diri sendiri,” katanya.
“Ada banyak lagi yang boleh saya sumbang kepada ruang dan industri ini, lebih banyak cerita yang boleh saya ceritakan dan lebih banyak orang yang boleh saya capai. Tiada ‘tujuan’ tertentu yang saya mahu kecapi. Saya hanya mahu menjadi lebih besar dan lebih baik.”
Bagi peminat ALYPH, mereka boleh mengharapkan lebih banyak lagi daripada bintang ini sesuai dengan perancangan yang ada di balik tabir. Walaupun ‘HEAT’ hanyalah single kedua buat tahun ini, terdapat banyak lagi yang akan muncul.
“Ia berasa seperti saya sedang berlatih secara konsisten dan diam,” dedah beliau. “Sekarang, saya bersedia untuk menunjukkan kepada dunia apa yang saya boleh lakukan.” Pada tahun 2023, ALYPH membawa kehangatan yang hebat secara santai dengan hasil luar biasa.
Video muzik untuk HEAT akan berada di YouTube pada 22 September, 9 malam.
Mengenai ALYPH
Dekad hip-hop yang lalu di Malaysia dan Singapura tidak boleh dipisahkan daripada ALYPH. Hasil kerjanya terserlah dengan ajnas lagu hit yang berterusan dari tahun ke tahun – sama ada dalam tempoh beliau dengan duo rap yang mendominasi carta, SleeQ, atau di bawah nama Magic Potions (Andi Bernadee, Ismail Izzani, Kaka Azraff, Elizabeth Tan), dan kerjasama yang meninggalkan kesan dengan nama-nama tersohor dunia rap Malaysia seperti Joe Flizzow, K-Clique, SonaOne, dan banyak lagi.
Yang paling memeberi kesan adalah kerjaya ALYPH sebagai seorang artis solo, dengan kemahiran beliau sebagai seorang rapper, penyanyi, dan penerbit sejak menandatangani kontrak bersama Def Jam Asia Tenggara. Kejayaan yang menyerlah termasuk pelancaran EP ‘III / III’ beliau, dan kemuncak yang seterusnya lewat single tersohor “SWIPE”. ALYPH adalah seorang artis yang berdedikasi untuk menyempurnakan kemahirannya dan membina identiti yang unik. Berkat korus yang mudah diingati dan kerjasama dengan usahawan kosmetik Dato Seri Vida, “SWIPE” mencuri perhatian di seluruh Asia Tenggara – dengan lebih 10 juta aliran di kedua-dua Spotify dan YouTube. Karya ini juga telah ditampilkan sebagai bunyi latar dalam lebih 1.6 juta hantaran TikTok yang dicipta oleh peminat di seluruh dunia.
Kejayaan ALYPH di seluruh Asia Tenggara juga telah membawa kepada kerjasama dengan jenama terkenal seperti JD Sports untuk #AirMaxDay, McDonalds Malaysia #McDDoDaDipChallenge, Valentino dan banyak lagi.
Kini seorang penghibur popular, ALYPH kini menjadi tumpuan di aneka pesta dan estival di seluruh Asia Tenggara,seperti Rolling Loud Thailand, We The Fest, dan Baybeats pada tahun 2023. Dengan aura tersendiri di atas panggung, ALYPH secara konsisten menghibur para peminatnya. Seorang artis yang terus kekal dalam elemennya dan sentiasa berusaha untuk mengatasi dirinya sendiri, karya ALYPH yang akan datang akan mengejutkan semua jangkaan.