in ,

Alya Iman Sedih Digelar Perempuan Murahan

Ish…. Tak Baik Tau Panggil Orang Lain Macam Tu.

Pelakon baru, Nur Alya Iman Azmil atau lebih dikenali sebagai Alya Iman berusia 19 tahun akui berasa sedih dengan segelintir warganet apabila melabelkan dirinya sebagai perempuan murahan.

“Saya sedih apabila ramai mengatakan kehidupan saya seolah-olah perempuan murahan dan tidak mempunyai kehidupan yang normal.

Sekarang Alhamdulillah selain berlakon dan modelling saya bekerja di pejabat.

Saya mula kerja di situ pada bulan Jun dan Ridhwan juga merupakan rakan sekerja saya. Saya perlu minta kebenaran dulu untuk cuti berlakon atau modelling,”

– Alya Iman

Menurut Astro Gempak, anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha berkata di sebalik kontroversi yang sedang melanda pada dirinya, dia percaya bahawa semua ini ada hikmahnya. 

“Saya bersyukur ada rakan sekerja yang sentiasa menyokong. Lebih-lebih lagi dengan kontroversi yang melanda.

Saya percaya semua ni ada hikmahnya. Cuma saya khuatir kalau ini boleh jejaskan rezeki saya dalam lakonan dan modelling.

Alhamdulillah, setakat ini belum ada tawaran berlakon atau modelling ditarik disebabkan kontroversi ini,”

– Alya Iman

Sebelum ini, Alya pernah terpalit dengan kontroversi apabila sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang sehingga isteri individu tersebut membongkarkannya.

Kini, Alya mempunyai pengganti baru dengan duda anak dua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alya Iman Nafi Kikis RM2.3 Juta daripada Bekas Kekasih

Gambar Hiasan

Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa MADEENA