V9, Peranti Perdana FullView™Â Baharu Vivo Menghasilkan Imej Sempurna dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI)
Pelakon dan penyanyi Alvin Chong sertai Janna Nick dan Joyce Chu sebagai personaliti jenama  Vivo
Kuala Lumpur, 26 Mac 2018 –Vivo hari ini melancarkan telefon pintar V9 FullView™ yang serba baharu, dengan keluasan skrin 90 peratus dengan ciri dan reka bentuk yang anggun dan bergaya. Dari fotografi ke prestasi mudah alih yang dipertingkatkan, V9 sesuai untuk keperluan golongan tertentu yang mahu menghasilkan imej sempurna dan menyeronokkan melalui telefon bimbit. Vivo juga menggiatkan usaha mendekati pelanggan tempatan dengan mengumumkan Alvin Chong sebagai Ikon Muzik Vivo, wajah terbaru dalam barisan personaliti jenama Vivo.
“Perkembangan pesat dalam teknologi mudah alih sentiasa mengubah gaya hidup dan cara kita berkomunikasi. Perkembangan ini menjadikan telefon pintar sebagai satu keperluan dalam rutin harian. Ini telah memberi inspirasi kepada Vivo untuk terus berinovasi. Vivo V9 direka untuk meningkatkan pengalaman telefon pintar para pelanggan, termasuk merakam imej yang menarik, menikmati hiburan terus-menerus dan melakukan tugasan harian mereka melalui telefon pintar,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.
FullView™Â berikan keseronokan tanpa had
V9 menawarkan reka bentuk kompak yang lebih luas dengan 6.3 inci paparan skrin berbanding ciri sebelumnya dengan keluasan 5.5 inci namun ianya masih selesa dipegang. Vivo V9 mengaplikasikan nisbah 19:9 bagi meningkatkan saiz skrin sebanyak 5.2% berbanding generasi sebelumnya V7 +, dan bezel sisi dikurangkan sebanyak 19% kepada hanya 1.75mm. Bagi menghasilkan reka bentuk telefon yang lebih elegan, setiap bucu dibentuk dengan teliti untuk memastikan keselesaan mutlak di telapak tangan anda.
Imej Sempurna dengan fungsi Al Fotografi
Fungsi baru kamera ‘AI-powered’ meneruskan objektif Vivo untuk menyediakan kamera telefon bimbit dengan V9 crystal-clear 24MP bagi kamera depan dan 16MP+5MP bagi dwi kamera. Melalui kajian dan penyelidikan yang mendalam, Vivo menggunakan teknologi AI bagi membantu pengguna mendapatkan imej bagi menyerlahkan kecantikan mereka.
V9 dilengkapi ciri-ciri Super HDR- AI secara automatik mengesan dan menghasilkan foto yang lebih jelas, warna yang lebih menarik, dan nada yang lebih jelas. Super HDR merakam dan menggabungkan bingkai bagi menghasilkan pencahayaan yang lebih optimum. Super HDR menggunakan pengesanan pemandangan pintar untuk mengimbangi pencahayaan orang dan latar belakang untuk mewujudkan rasa semula jadi.
AI Face Beauty mampu mengenal pasti umur, jantina, warna kulit dan tekstur pengguna, dengan persekitaran. Hampir satu juta pangkalan yang mewakili satu juta imej wajah dari seluruh dunia telah digunakan untuk melatih algoritma AI. Ini menghasilkan AI Face Beauty untuk disesuaikan dan menggunakan algoritma yang ideal untuk menghasilkan imej yang lebih optimum. Apabila penggunaan meningkat, AI akan mempelajari pilihan tetapan anda yang paling sesuai secara automatik dalam mewujudkan imej ideal yang anda mahukan.
Ciri pencahayaan AI Selfie yang baru juga membolehkan pengguna membuat karya seni artistik pada bila-bila masa di mana-mana tanpa persediaan peralatan yang rumit. Algoritma AI V9 mengubah profil wajah dalam foto asal 2D menjadi model 3D untuk memproses cahaya secara autentik. Pengguna boleh memilih dari pelbagai kesan seperti Latar semulajadi, Lampu Studio, Latar Belakang Stereo dan Latar Monochrome. Apabila digabungkan dengan Pelekat AR yang menyediakan pelbagai kesan untuk menghiasi diri sendiri, V9 membantu pengguna mengambil gambar diri yang mencerminkan gaya unik mereka dengan hanya beberapa klik.
Kamera VN 16MP + 5MP belakang mencipta rakaman imej menakjubkan yang menyamai imej yang dirakam menggunakan kamera DSLR. Menggunakan algoritma AI Bokeh yang telah dioptimumkan berdasarkan pembelajaran mesin, sehingga dapat mencapai ketepatan tinggi dalam mengenal pasti subjek utama untuk memastikan fokus optimum dalam foto.
AI mengoptimumkan pengalaman telefon bimbit
AI V9 juga memastikan prestasi mudah alih dan daya tahan terbaik dengan Enjin Pintar AI Vivo. Dengan mempelajari ciri dan pilihan penggunaan anda, AI Smart Engine mengutamakan sumber pemprosesan dan penyimpanan untuk pengalaman optimum. Tidak hanya memastikan operasi yang lancar dan menjimatkan kuasa, AI juga mengenalpasti tabiat penggunaan anda. Smart Engine mampu meramalkan pergerakan anda dengan tepat dan mempunyai aplikasi kegemaran anda sebanyak 20% lebih cepat.
Dengan teknologi AI Face Access yang dinaik taraf, V9 dapat mengesan refleksi kulit semula jadi dan pergerakan muka yang halus untuk mengurangkan kemungkinan membuka kunci melalui gambar atau video. Akses Wajah AI untuk App-Lock juga membantu memastikan data dan privasi anda untuk aplikasi individu.
Pengesan Deria AI V9 juga mampu mengenalpasti anda apabila melihat telefon untuk mengurangkan gangguan secara automatik dengan mengurangkan nada mesej, panggilan masuk dan penggera secara automatik, ketika anda melihat skrin.
Hiburan dan Kuasa
Mod kemaskini permainan memberikan lebih tumpuan kepada peminat permainan video untuk menumpukan perhatian dengan fungsi yang menyekat semua mesej, panggilan dan makluman semasa permainan. Anda juga boleh membuat tetapan untuk memaparkan panggilan telefon dari kenalan yang dipilih sahaja. Paparan bergambar juga disediakan supaya anda tidak perlu keluar dari permainan untuk membalas mesej penting.
V9 dilengkapi dengan Android OS terbaru 8.1 dan dikuasakan oleh pemproses okta Qualcomm Snapdragon 626, 4GB RAM dan 64 ROM.
Personaliti Baharu Vivo
Dalam usaha untuk lebih mendekati pelanggan tempatan, Vivo Malaysia juga menambah Alvin Chong dalam barisan artis mantap sedia ada. Alvin dinamakan Ikon Muzik Vivo, langsung menyertai duta Vivo Janna Nick dan Ikon Swafoto Joyce Chu, sebagai personaliti jenama Vivo yang baharu dan dinamik. Alvin mula menambat hati peminat hiburan Malaysia menerusi wataknya dalam drama ‘Suri Hati Encik Pilot’ dan ‘Awak Suka Saya Tak’. Bintang muda yang progresif tersebut juga mempunyai persona yang sesuai dengan ciri-ciri jenama Vivo. Alvin akan menyertai program pemasaran, komunikasi dan promosi bersama personaliti jenama Vivo Malaysia yang lain.
Â
Ketersediaan
Vivo V9 menawarkan warna Hitam Mutiara dan Keemasan bermula 31 Mac 2018 di semua wakil jualan Vivo seluruh negara.
Imej bagi produk Vivo V9 dengan resolusi tinggi boleh dimuat turun melalui link: https://edelmanftp.box.com/v/VivoV9-MY
Mengenai Vivo
Jenama telefon pintar dunia yang memberi tumpuan bagi memperkenalkan kualiti bunyi sempurna dan fotografi terunggul dengan teknologi canggih, Vivo mengembangkan produk inovatif dan bergaya untuk golongan muda. Kami kini mempunyai lebih daripada dua ratus juta pengguna dan merupakan salah satu jenama pilihan remaja di seluruh dunia. Sebagai Penaja Rasmi Piala Dunia FIFA ™, Vivo percaya pentingnya menggalakkan golongan muda untuk mempertingkatkan ekspresi diri dan gaya hidup yang energik.
Maklumat lanjut mengenai telefon pintar inovatif kami boleh didapati di www.vivo.com.
Spesifikasi Produk V9:
Â
Asas | |
Pemproses | Qualcomm Snapdragon 626 Octa-core |
RAM | 4GB RAM |
Storan Dalaman | 64GB ROM (menyokong kad mikroSD sehingga 256GB) |
Bateri | 3260mAh |
Warna | Hitam Mutiara, Keemasan |
Sistem Operasi | Funtouch OS 4.0 (Dasar dari Android 8.1) |
Rekabentuk | |
Dimensi | 154.81×75.03×7.89mm |
Berat | 150g |
Paparan | |
Skrin | 6.3”(1080*2280) |
Jenis | IPS Skrin Sentuh Kapasitif / incell |
Skrin Sentuh | 2.5D |
SIM dan slot kad microSD | |
Ruangan Kad | 2 Nano SIM and 1 kad microSD |
Jenis | Dual SIM Dual Standby |
Kamera | |
Kamera | Depan 24MP (f2.0) / Belakang 16MP +5MP (f2.0) dengan pancaran kilau |
Mod Paparan | Ultra HD,PPT,Profesional,Perlahan,Fotografi Gerakan Masa,Penapis Kamera Filter,Live,AI Bokeh,AI HDR,AI Face Beauty,Panorama,4K video, Palm capture,Pengecaman Jantina,Retina Flash,Pelekat AR, AI Kenalpasti Paparan |
Penyambungan | |
USB (USB2.0), Wi-Fi, Bluetooth (Bluetooth 4.2), GPS, OTG, FM | |
Sensor | |
Accelerometer, Sensor Cahaya Ambient, Sensor Jarak, E-kompas, (Giroskopik) Gyroscope | |
Barang dalam kotak | |
V9, Alat Pendengaran, Buku Panduan, Kabel USB, Pengecas USB, Ejekter SIM, Bekas Pelindung, Filem Pelindung |