in ,

Alvin Chong Berahsia Sebab Tak Dapat Teruskan Puasa Tahun Ini

Pelakon dan penyanyi Alvin Chong mengunci mulut berkenaan sebab yang mengakibatkan dia tidak dapat meneruskan amalan berpuasa seperti yang sering dilakukannya setiap tahun sebelum ini.

Alvin cuma menjelaskan dia perlu mengambil ubat setiap hari, sekali gus menghalangnya untuk berpuasa pada Ramadan kali ini.

“Saya biasa berpuasa pada tahun-tahun lalu, namun Ramadan kali ini tak berpeluang untuk lakukan amalan itu seperti rakan-rakan Muslim.
“Saya ikut berpuasa tapi tak penuh. Cuma tahun ini tak dapat nak buat sebab kena ambil ubat.
“Saya bukannya sakit, tapi kena makan ubat atas faktor-faktor tertentu. Sebab apa, biarlah saya rahsiakan,”

– Alvin Chong

Alvin, 32, memberitahu dia agak keberatan untuk berkongsi dengan peminat mengenai situasi yang dialami.

“Peminat selalu tanya saya puasa ke tak. Tapi saya minta maaf kerana tak dapat nak kongsikan perkara sebenar,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Viu di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pemilik nama penuh Alvin Chong Chean Wah itu menjelaskan dia gemar berpuasa bukan kerana mengikut-ikut orang.

Sebaliknya, pelakon Dia Semanis Honey itu berkata dia berpuasa kerana amalan itu baik untuk kesihatan.

“Banyak manfaat boleh diperolehi kalau kita berpuasa. Banyak juga kajian yang membuktikan berpuasa itu adalah dapat menyihatkan tubuh badan,” katanya lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Hussein

“Kita Kena Ajar Mereka Macam Tu!,” – Faizal Hussien Komen Isu Bayaran

SAMSUNG GALAXY A54 5G AND GALAXY A34 5G

Mengapa Anda Perlu Dapatkan Galaxy A SEKARANG!