Popfolio hari ini melancarkan produk muzik terbaru untuk telefon bimbit dikenali sebagai Snacktunesâ„¢. Format muzik ini telah muncul sebagai salah sebuah format yang menguntungkan dalam industri muzik tanahair. Popfolio memahami tentang isu lagu-lagu yang pada asalnya dihasilkan untuk format radio dan fizikal (CD dan kaset) tetapi tidak memberikan keuntungan lebih apabila dijual melalui telefon bimbit.Â
“Format telefon bimbit tidak sepatutnya dilihat sebagai format alternatif untuk muzik yang sedia ada, tetapi sebagai sebuah pasaran yang unik. Oleh itu, ia memerlukan muzik yang direka khas untuk pasaran ini,†jelas Hardesh Singh, salah seorang pengasas Popfolio Sdn Bhd.Â
“Telefon bimbit merupakan ‘walkman’ versi masakini. Setiap generasi mempunyai teknologi tersendiri apabila mendengar atau membeli muzik samada melalui kaset, CD ataupun Internet. Kesemua teknologi ini telah melahirkan format baru untuk pendengar muzik. Jadi, nada dering perlu dilihat sebagai format tersendiri untuk mendapat pulangan sepenuhnya dari pasaran telefon bimbit.â€
Berbeza dari nada dering yang merupakan sedutan lagu yang sedia ada, Snacktunesâ„¢ merupakan lagu pendek baru yang diterbitkan khas untuk generasi masakini yang mendengar muzik melalui telefon bimbit. Secara ringkasnya, Popfolio berkerjasama dengan artis tempatan untuk menghasilkan lagu-lagu asli yang baru sepanjang 30 saat (Snacktunes) untuk dijual secara eksklusif melalui saluran telefon bimbit. Ini akan membolehkan pihak artis mewujudkan cara baru untuk memperolehi rezeki dan memberi lebih banyak pilihan pada pendengar.Â
Bersempena dengan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini, Popfolio telah menjalinkan berkerjasama dengan dua artis tempatan iaitu Altimet dan juga duo adik-beradik Linda & Diana Rafar dan seterusnya melancarkan Snacktunesâ„¢ yang bertemakan suasana Aidil Fitri. Snacktunesâ„¢ ini diharap akan dapat menunjukkan potensi pemasaran melalui perisian asli khas untuk telefon bimbit. Para pengguna boleh membeli perisian telefon bimbit dari artis kegemaran mereka yang bakal digunakan sebagai nada dering dan nada dering peribadi yang turut memuatkan ucapan lebaran kepada kaum keluarga dan juga kenalan.Â
Pembangunan kreatif perisian asli ini diharap akan dapat menunjukkan potensi sebenar muzik dalam format telefon bimbit sepenuhnya, terutama sekali dalam pasaran yang kurang mempunyai persaingan dari pembekal perisian yang lain. Artis-artis seperti Altimet, Linda & Diana Rafar telah berperanan menyahut cabaran terbaru dalam industri muzik dangan mereka produk baru lagi inovatif dan menjadi peneraju dalam bidang ini.
“Ramai orang dalam industri ini kerap mengeluh tentang cabaran-cabaran yang dihadapi. Saya lebih suka menumpukan perhatian terhadap faktor-faktor perubahan dalam industri muzik tanahair dan menukar cabaran yang saya hadapi kepada peluang untuk terus berkembang maju,†jelas Altimet, yang terkenal dengan lagu-lagu seperti “Sayang Sayang†dan “Chantekâ€, tanpa perlu menghasilkan muzik secara fizikal di pasaran tanahair.
Peminat-peminat boleh mendengar dan membeli Snacktunesâ„¢ ini di laman web www.thesnacktunes.com. Laman ini mempamerkan semua maklumat yang diperlukan dan kod kod muat turun, disediakan khas oleh mTouche.