Sedih melihat keadaan terkini suaminya, pelakon Datin Almy Nadia mendakwa Fizz telah diserang penyakit misteri.
Menurut Almy, suaminya berubah laku apabila dilihat sering termenung, kurus kering kerana tidak makan dan tidak minum selama dua minggu setelah pulang dari penggambaran drama Malaysian Ghost Stories.
Almy turut berkongsi mengenai keadaan terkini Fizz Fairuz itu di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.
Memang pasal kau (merujuk pada sedutan drama lakonan Fizz), laki aku kurus kering sakit tau..balik dari shooting cerita ni la, suami saya dilanda sakit misteri sampai tak makan tak minum 2 minggu.
Sampai diserang sakit gastrik tau, walaupun dah berubat tapi bekas sisa baki tu masih ada ya.
– Datin Almy Nadia
Dalam pada itu, Almy berkata suaminya sudah berubat namun masih ada saki baki gangguan dan bukan mudah untuk pulih. Ujarnya lagi, suaminya kini tidak lagi cerita seperti dahulu.
“Sekarang dah pulih tapi masih suami kami dilanda sakit termenung,moody, sakit, susah senyum dan tak ceria macam dulu… disebabkan cerita ni la.
“Realitinya aku sekarang tengah tekanan dan jadi sedih, sebab suami aku yang dulunya ceria, happy ja,tapi sekarang sakit tau… tekanan… nak pulihkan sakit dia bukan senang,”
– Datin Almy Nadia
Sebelum ini, Almy memaklumkan suaminya dimasukkan ke hospital selepas tidak makan dan minum selama dua minggu sehingga mengalami penyakit gastrik yang agak teruk.
Difahamkan, Fizz telah menjalani penggambaran drama bersiri itu di sebuah lokasi bertempat di Gopeng, Perak.
Terdahulu, Fizz Fairuz telah dikejarkan ke hospital setelah dilaporkan enggan makan dan minum selama dua minggu serta turut mengalami penyakit gastrik yang agak teruk.