in ,

Almy Nadia Teraniaya Dalam Telemovie MAGHFIRAH YANG TERBUKA

Mengajak penonton menghayati maksud Maghfirah iaitu pengampunan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi jalan cerita drama dengan tajuk “Maghfirah Yang Terbuka”, kisah dihadapi Alia yang bergelut dengan perasaan sendiri bila terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya, Kamarul.

Drama lakonan Almy Nadia, Syed Ali, Ryzal Jaafar dan Rozie Othman ini disiarkan pada 27 Mei ini, pukul 2.00 petang mengisi slot Pilihan Jumaat di TV2.

watak Almy Nadia berendam air mata dalam Maghfirah Yang Terbuka

Ikuti ketabahan Alia, anak yang taat pada ibu bapa, juga seorang pelajar cemerlang di universiti. Dinikahkan secara paksa oleh bapanya, kerana tak mahu mengecewakan kedua ibu bapa, dia akur. Dia yang sudah mempunyai pilihan sendiri berkorban cintanya demi kehendak ibu bapanya. Setelah berkahwin dengan Kamarul, dia berhijrah ikut suami ke bandar dan dekat dengan universitinya. Bermulalah hidup dalam kesengsaraan bila dia diabaikan dan lebih teruk di pukul.

Almy Nadia Teraniaya Dalam Telemovie Maghfirah Yang Terbuka Di TV2

Kamarul tak pernah mencintainya dan tidak melayannya seperti seorang isteri. Perkahwinan mereka di atur keluarga untuk merawat luka hati Kamarul yang ditinggalkan Nadira. Ibu bapa Kamarul berharap perkahwinan ini akan memulakan lembaran baru hidup Kamarul. Malangnya Alia menjadi mangsa tempat melepaskan dendam terhadap Nadira.

Alia tak kisah Kamarul mengabaikan dia. Cuma dia tak suka Kamarul bersikap kasar dengannya dan selalu cari pasal hingga mereka bertengkar dan berakhir dengan dipukul. Suatu hari Kamarul pulang dalam keadaan mabuk dan telah meniduri Alia tanpa rela. Kamarul tidak sedar apa yang berlaku dan akhirnya Alia mengandung. Kamarul terkejut dengan berita itu lalu menuduh Alia curang.




Dia mengamuk dan sering cari pasal dengan Alia. Alia malas melayan karenah Kamarul kerana jadual padatnya di tahun akhir. Dia menumpukan pada pelajarannya dan tekad di hatinya dia mahu berjaya dalam pelajaran walaupun gagal dalam cinta. Bagaimanapun Kamarul yang melihat kesukaran Alia dalam mengejar cita-cita dan dalam waktu yang sama sedang mengandung, mula bersimpati pada Alia.

Alia akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dan kelahiran anaknya memberi kebahagiaan pada keluarganya. Tapi siapa pun tak tahu di sebalik semua itu Alia menderita. Dia merahsiakan segalanya demi sayangkan keluarganya dia bersabar dan tak pernah fikirkan kepentingan dirinya.

Namun satu insiden telah membuatkan kesabaran Alia apabila anaknya disahkan menghidap HIV positif. Dia tak dapat memaafkan Kamarul sedangkan Kamarul merasakan hidup ini telah berakhir. Ikuti kesudahannya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada 39 Resepi Menu Eat Clean Dari Selebriti Popular

Apa Yang Sengit Sangat di Konsert Separuh Akhir Ceria Popstar 2016