in

Ally Kupas Isu Gossip Bersama Adam Salleh dan Rozita Che Wan

Gosip… kebanyakan dari kita suka gossip. Termasuklah pembaca blog ini.  Suka minta gossip hangat dari Budiey. Memang lumrah, semua orang suka bergosip, tapi tahukah korang, penyakit lidah mulut paling merbahaya dan berbisa adalah GOSSIP!

Apa itu GOSSIP? Ramai yang kata, gossip tu sebenarnya disamakan dengan mengumpat. Gossip boleh meruntuhkan rumah tangga, meruntuhkan apa sahaja yang dibina, malah gossip juga meruntuhkan kerajaan dan meruntuhkan negara. Gossip boleh memecah belahkan hubungan sesama manusia. Gossip boleh merobohkan istana. Gossip boleh menjatuhkan masrtabat dan maruah.

Ini dia gossip memperkenalkan dirinya:

“Nama saya Gossip. Saya lebih merbahaya dari racun. Saya menang sebelum berlawan. Saya menang tanpa membunuh. Saya meruntuhkan rumah tangga, menghancurkan hati, dan menjahanamkan hidup seseorang. Tidak ada kesucian yang cukup suci yang dapat menghalau saya. Saya tidak kisah akan kebenaran, saya tidak kisah tentang keadilan. Tidak ada belas kasihan terhadap yang lemah. Saya tidak pernah lupa dan jarang mengampuni. Tiada siapa pun yang saya takuti.” 

Mungkin Ally juga tak terlepas dari digossip, maka minggu depan, Ally mengutarakan topik hangat ini bersama tetamunya, Editor Hiburan Harian Metro Adam Salleh dan pelakon sensasi Rozita Che Wan.   

Rakaman akan diadakan pada:

Tarikh : 4 Mac 2009 (Rabu)

Masa :  3.00 petang

Tempat : Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam

Budiey: Ada jugak dengar sekarang ni Rozita Che Wan dah mula demand. Mmm… mungkin Rozita letak harga tinggi sebab sekarang kan zaman ekonomi dah mula gawat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Siapa Artis Kat Belakang Fasha Sandha Ni?

Ashraff Sinclair dan Bunga Citra Lestary Dalam Sehati Sejiwa