in ,

Ally Iskandar Pengacara Singgah Sahur di TV3

SINGGAH SAHUR
KEMBALI TEMANI LARUT MALAM ANDA!

Bulan Ramadan adalah bulan untuk merenung dan menyucikan diri melalui sekatan diri dan amal kebaikan. Maka sebagai mengungkapkan kemulian ini, TV3 menerbitkan program Singgah Sahur untuk musim kelima dengan kerjasama LG sebagai penaja utama. ‘Singgah Sahur’ adalah program 30 minit di mana 8 episodnya akan ditayangkan pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula 22 Ogos hingga 20 September 2009, dari 12.30 pagi hingga 1.00 pagi dan diulang tayang pada setiap Sabtu dan Ahad, dari 6.30 petang hingga 7.00 malam.

Singgah Sahur menampilkan Ally Iskandar sebagai hos dan Fadzli Ramli sebagai penerbit, bersama krew dan selebriti jemputan membuat kejutan dengan melawat kediaman mereka yang kurang bernasib baik serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk merasai suasana bersahur dan berkongsi keriangan bersama mereka. Krew Singgah Sahur akan meluangkan masa dengan menyediakan juadah dan bersahur bersama mereka diikuti dengan solat subuh berjemaah bagi memupuk perasaan bersatu hati dan mengeratkan ukhwah.

Saksikan Ally Iskandar sebagai pengacara Singgah Sahur di TV3

‘Singgah Sahur’ bakal membuat lawatan mengejut di beberapa lokasi terpilih berlainan di Perak, Johor, Kelantan, Pahang, Sabah, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.  Tahun ini, rancangan ini bakal memaparkan penampilan mangsa ragut, keluarga yang mengalami kesukaran akibat banjir, rumah anak yatim, ibu tunggal, kanak-kanak terbiar, kakitangan angkatan tentera dan waris tragedi bersejarah Bukit Kepong.

Dato’ Sri Farid Ridzuan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, berkongsi keterujaan beliau tentang program musim terbaru ini,

“Malaysia amat bertuah kerana memiliki populasi yang berbilang budaya seperti ini dengan pelbagai perayaan disambut setiap tahun. Dalam kita meraikannya, kita tidak sepatutnya mengabaikan mereka yang kurang bernasib baik kerana mereka juga patut menjadi sebahagian dari acara gembira ini. Program tulis ikhlas ini sentiasa menetapkan matlamat untuk mempamerkan kisah pahit getir orang lain dan pada masa yang sama menampilkan bagaimana kebanyakan kita, orang ramai dari pelbagai latar belakang dan lokasi, bangun untuk bersahur di awal pagi. Ciri inilah yang menyebabkan ‘Singgah Sahur’ mendapat peningkatan populariti yang besar selama 5 tahun ini, dengan menjadi salah satu program Ramadan tahunan yang luar biasa. Selain itu, kami juga amat berbesar hati dengan kehadiran LG bagi musim ini dan kami yakin bahawa gandingan ini akan mencipta banyak kelainan buat program popular ini.”

Encik T.Y. Ko, Pengarah Urusan merangkap CEO bagi LG Electronics (M) Sdn. Bhd. berkata:

“LG amat berbangga kerana dapat bersama-sama dengan TV3 sekali lagi malah kali ini sebagai penaja utama program ‘Singgah Sahur’, kerana ia memberikan peluang buat kami menjalin pertalian dengan masyarakat Muslim yang kurang bernasib baik di bulan Ramadan yang mulia ini. LG sentiasa mencari jalan untuk membuatkan hidup lebih baik untuk semua orang. Oleh itu, LG berharap bahawa inisiatif penajaan ‘Singgah Sahur’ ini dapat membantu mempertingkatkan semangat memberi dan kegembiraan selain turut mempamerkan manfaat pengorbanan dan memberi kemaafan.”

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang program ‘Singgah Sahur’ di TV3 dengan kerjasama LG, sila layari http://www.lge.com.my, http://www.lgblog.com.my atau http://www.tv3.com.my

Tentang LG Electronics, Inc.
LG Electronics, Inc. (KSE: 066570.KS) adalah pemimpin global dan inovator teknologi dalam bidang elektronik pengguna, komunikasi mudah alih dan peralatan rumah. Syarikat ini menggaji lebih dari 84,000 pekerja di 115 operasinya termasuk di 84 subsidiarinya di seluruh dunia. Dengan jualan global pada tahun 2008 mencecah $44.7 bilion, LG terdiri daripada lima unit perniagaan – Hiburan Rumah, Komunikasi Mudah Alih, Peralatan Rumah,  Penyaman Udara dan Penyelesaian Perniagaan. LG adalah salah satu pengeluar terkemuka dunia bagi TV panel rata, produk audio dan video, telefon bimbit, penyaman udara dan mesin basuh. LG telah menandatangani perjanjian jangka panjang untuk menjadi Rakan Kongsi Global Formula 1™ dan Rakan Kongsi Teknologi Formula 1™. Sebagai sebahagian dari perhubungan peringkat tinggi ini, LG menerima pelantikan eksklusif dan hak pemasaran sebagai penyedia elektronik pengguna, telefon bimbit dan pemproses data rasmi bagi acara sukan global ini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari  www.lge.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Khas Sempena Merdeka Ke-52 di 8TV

Peraduan Jom Menonton Filem THE FINAL DESTINATION