Ini sekali gus menyaksikan penyanyi berasal dari Tambunan, Sabah, iaitu Nikki Palikat mampu menarik nafas lega apabila berjaya mara ke minggu seterusnya meskipun mendapat markah tercorot pada minggu ini.
Keputusan tersebut turut menyaksikan kesemua sepuluh bintang yang berentap layak untuk beraksi di konsert minggu kesembilan pada minggu hadapan.
Konsert minggu kelapan yang bersiaran secara langsung di Dewan Auditorium MBSA telah menyaksikan Aliff Aziz menduduki tangga pertama dengan menyampaikan lagu Cik Mek Molek, nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau.
Tempat kedua pula menjadi milik Naqiu yang menyanyikan lagu Kuda Hitam oleh penyanyi asal, Hetty Koes Endang, disusuli Tomok yang menyampaikan lagu Apa Dah Jadi, nyanyian asal oleh Tan sri SM Salim.
Bintang lain yang turut mara adalah Hardy Mirza, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Azharina dan Noryn Aziz.
Sebelum ini, Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah, Ayai Illusi, Zamani dan Ezad lazim merupakan peserta terawal yang sudah meninggalkan GV10.