Begitulah nasib yang sering menimpa usahawan kosmetik bergelar Datuk Sri iaitu Aliff Syukri Kamarzaman. Terbaru, beliau telah memuat naik posting mempamerkan resit bayaran zakat atas perniagaannya meskipun jualan dilihat sangat teruk pada bulan tersebut.
Boleh Galakkan Orang Lain Mencontohi Sikapnya
Perkongsian tersebut malah mendapat perhatian seorang Amil bernama Faisal Rahim di laman Twitter. Dia sendiri mengakui wang zakat Aliff Syukri setiap bulan itu telah memanfaatkan ramai asnaf di luar sana. Meskipun ramai menyifatkan tindakan Aliff sebagai ‘riak’, namun Faisal menyangkal dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa zakat adalah ibadah yang perlu dihebahkan kepada orang ramai.
Aliff Konsisten Bayar Zakat Sejak Kecil Lagi
Selagi perniagaan yang dijalankan halal dan mengikut syariat, mereka wajib melunaskan tanggungjawab untuk membayar zakat. Malah tindakan tersebut bakal menjadi asbab perniaagaan berkembang maju. Faisal juga sempat memuji sikap Aliff Syukri yang tidak pernah jemu membayar zakat sejak belasan tahun lagi.
Asnaf Juga Perlu Bantuan Saraan Tiap Bulan
Menerusi ruangan komen, Faisal turut menjawab beberapa kemusykilan pengguna Twitter berkenaan bayaran bulanan zakat.
Menurutnya, ia dilakukan bagi mengurangkan beban bayaran tahunan yang tinggi selain untuk dimanfaatkan kepada golongan asnaf.
Malah dia menyeru untuk membeli barangan peniaga Islam kerana untungnya pasti akan disalurkan ke dalam zakat perniaagan.