Perkara tersebut diluahkan Aliff menerusi sebuah hantaran Instagramnya, baru-baru ini.
Kata usahawan itu, rumah yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu dipasarkan dengan harga lebih rendah dari harga pasaran iaitu RM6.5 juta.
Menunggu pembeli rumah ini yang tidak kunjung tiba, saya jer duduk sini. Saya dah jual murah RM6 juta jer sebab harga market value adalah RM6.5 juta. Tak tahu apa masalah masih tak ada pembeli sekarang ni musim COVID-19 nak shopping semua tutup kedai.
Menjengah ruangan komen, ramai peminat dan juga pengikut media sosial Aliff Syukri bersetuju bahawa situasi pandemik menjadi punca jualan aset seperti rumah kediaman semakin tidak mendapat sambutan.