Semalam hangat diperkatakan netizen bengang dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa sengaja melanggar melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila memuat naik gambar percutian bersama anak-anak di Janda Baik, Pahang.
Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan usahawan itu ternyata tidak adil untuk rakyat lain yang patuh duduk di rumah. Malah, ramai tertanya-tanya bagaimana usahawan itu boleh kemana sahaja bersama anak-anak dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa.
Tampil menjelaskan mengenai isu itu, Aliff menafikan dakwaan melanggar arahan PKP dan foto serta video percutian bersama anak-anak yang dimuat naik itu adalah rakaman lama sebelum bermulanya tempoh PKP.
Menerusi video dikongsikan di Instagram, usahawan itu juga turut mempersoalkan mengapa netizen sering mencari kesalahannya sehingga apa sahaja yang dia lakukan ada sahaja serba tak kena dan mencetuskan kontroversi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan Aliff berbuat demikian kerana dianggap melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaan.
Bukan sekadar menyelar tindakan usahawan itu, malah ada juga yang menyarankan pihak polis untuk mengenakan tindakan seadilnya.
Menerusi entri tersebut, rata-rata ramai netizen berasa berang apabila melihat dia tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaaan. Perkara ini adalah tidak adil bagi mereka dan mahu Polis Diraja Malaysia untuk ambil tindakan seadilnya!
Penafian Aliff Syukri
Aliff Syukri menafikan dakwaan beliau melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila memuat naik gambar percutian bersama anak-anak seperti yang tular di media sosial. Penyanyi lagu Bobo Di Mana itu mendakwa, entri yang dimuat naik semalam adalah gambar lama dan dirakam sebelum PKP bermula.
“Saya tidak faham kenapa netizen suka sangat mencari kesalahan saya?
Itu adalah gambar lama ketika kami berada di sebuah resort di Janda Baik, Pahang. Baru sekarang saya sempat berkongsi di Instagram (IG).
“Resort itu sangat besar, jadi ada banyak lokasi menarik yang boleh saya abadikan dalam foto.
Takkanlah setiap gambar yang ingin dikongsi perlu ada penjelasan bila dirakam.
“Netizen hendak apa sebenarnya? Semua yang saya buat, tidak kena di mata mereka.
Agaknya mereka suka melihat saya sedih, meratap hiba mengenang nasib diri berikutan arahan PKP,”
– Aliff Syukri
Entri yang memaparkan dia sedang makan bersama-sama anaknya itu mendapat komen negatif netizen. Rata-rata warganet mempersoalkan bagaimana Aliff bebas bersantai ketika negara menguatkuasakan PKP.
Kekeliruan juga timbul apabila Aliff meletakkan perkataan ‘hari ini’ pada keterangan gambar. Ada juga yang mendakwa tindakan itu seakan sengaja ‘memancing’ emosi netizen.
Aliff turut meluahkan rasa kesal dengan dakwaan dia tidak sensitif apabila berkongsi video memaparkan dirinya sedang merakamkan lagu Hari Raya. Dakwanya, video itu dirakam tahun lalu.
Meskipun sudah memberi penjelasan, namun ramai yang masih tidak berpuas hati. Netizen berkata secara terang-terangan anak-anak memang bersama dengannya sedangkan ketika permulaan tempoh PKP mereka bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida di Kota Damansara.
“Tolong jawab Datuk, betul ke Datuk dan keluarga tak menghormati arahan kerajaan untuk #stayathome.
“Dalam tempoh PKP ni boleh ya ke sana ke sini?
“Untunglah masa PKP lepas ke sana sini, kita yang tak berduit ni ikut arahan la, harap PDRM peka dengan perkara ini dan buat tindakan seadilnya,”
Tinggal beberapa hari sahaja lagi PKP akan tamat, apa pun diharap rakyat Malaysia akan terus mematuhi arahan kerajaan untuk memastikan rangkaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.
Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama bersikap positif dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.
Tempoh PKP ini bukan untuk menziarahi saudara mara atau pergi bercuti ke mana sahaja. Tujuan PKP ini dijalankan adalah untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan ‘sanitizer’, amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!