Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan hasrat untuk melancarkan single terbarunya yang dicipta khas oleh seorang komposer yang kini menetap di Eropah tidak lama lagi. Siapala komposer tu kan? Yang penting, ia bukan komposer yang bikin lagu Mariah Carey.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Namun menurut Aliff, dia berasa bimbang tentang penerimaan netizen terhadap single itu memandangkan lagu nyanyiannya bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna berjudul Bobo Di Mana sebelum ini menerima kecaman hebat.
“Sebenarnya saya ‘nervous’ nak kongsikan perkara ini, lagu ini saya sudah rakam tiga bulan lebih awal dari lagu Bobo Di Mana.
“Lagu ini adalah hasil kerjasama dengan seorang komposer terkenal Malaysia yang kini menetap di Eropah.
“Saya berasa amat sedih dengan kecaman yang diterima terhadap lagu Bobo Di Mana, jadi patutkah saya lancarkan lagu terbaru ini?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, ada segelintir pihak yang menyifatkan video muzik lagu Bobo Di Mana sebagai ‘soft porn’ disebabkan penampilan seksi yang dipamerkan.
Adakah single terbaru akan viral lagi lepas ni? Nantikan.