Lalu, pengasas kosmetik itu membuka ruang buat mereka yang berminat bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan untuk hadir ke sesi temuduga terbuka. Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran buat dirinya dalam menguruskan syarikat, bapa kepada lima cahaya mata ini juga memberitahu lebih baik bagi dirinya untuk menguruskan hal yang lebih penting.
“Dalam perniagaan ni kita jgn terlalu percaya dgn kakitangan…kesilapan saya terlalu percaya pada staff…yg mulut manis belum tentu baik,yg kita nampak sombong belum tentu jahat.
“Hari ni saya ada meeting tergempar beberapa org pekerja saya pecah amanah.. nak tau siapa?? Biarlah rahsia.. Saya tak nak buka aib orang …biarlah ia jadi pengajaran bagi bg yg ada pekerja utk hati-hati.
“Cerita pasal orang ni tak habis sebab diri kita lagi teruk…Jadi lebih baik saya diam je dari sibuk jaja cerita orang, maaf kami bz dgn urusan bisnes yg lebih penting.
“Disebbkan pekerja sy pecah amanah… Jadi saya ingin membuka peluang pekerjaan kepada anda yang berminat untuk menjadi personal asisten (pa) khidmat peLanggan,store keeper berminat sila dtg esok,”
– Aliff Syukri
Foto: Instagram Aliff Syukri
Mahu Jadi Aliff Syukri baharu
RINDU sangat nak peluk anak saya Raudah. Lama saya menyepi bukannya merajuk, cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang dan apa yang saya perlukan dalam hidup,” kata ahli perniagaan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang kini kembali bersama isteri dan anaknya selepas empat bulan tinggal berasingan.
Menerusi Instagram, Aliff memberi bayangan rumahtangganya dengan Datin Seri Nur Shahidah yang sebelum ini bergelora kembali pulih.
Aliff mengakui banyak bermuhasabah diri sepanjang melalui tempoh terbabit.
“Empat bulan berjauhan dengan anak, saya rasa kehidupan saya kosong. Saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.
Aliff berkata, apa yang berlaku juga bukanlah gimik untuk meraih publisiti. Dia juga seperti orang lain yang turut mengalami pasang dan surut dalam rumah tangga.
“Ia bukan satu benda yang senang untuk saya lalui. Saya bersyukur keluarga adalah keutamaan dan saya ingin menjadi seorang Aliff Syukri baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri, ibu dan keluarga saya,” katanya.
Menurutnya, dia menyedari keluarga adalah segalanya dan Ramadan ini memberi erti yang besar terhadapnya.
“Doakan saya dan keluarga dapat bahagia semula. I’m back! (saya kembali),” katanya.
Rumah tangga Aliff dikatakan bergolak pada awal Mac lalu tetapi dia menafikannya.
Bagaimanapun, Aliff kemudian mengesahkan perkara itu apabila memuat naik surat permohonan cerai isterinya di Instagram.
Dia yang turut tampil dengan single berjudul Cuba Bahagia enggan mengulas mengenai permohonan cerai isterinya itu.