Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Aliff Syukri menerusi laman Insta-Storynya, turut menjawab beberapa persoalan mengenai status rumahtangganya yang diajukan oleh pengikutnya. Menurut Aliff, terlalu ramai yang bertanyakan soalan adakah dia sudah bercerai dengan Shahida. Balas Aliff Syukri, dia tidak dapat mengulas mengenai perkara itu berikutan tuntutan cerai berkenaan dibuat oleh isterinya.
Aliff Syukri menegaskan dia bukanlah orang yang sepatutnya diajukan soalan berkenaan namun dia akui sedang melalui ‘perkara’ tersebut dan dalam masa yang sama, turut terkejut dengan permohonan cerai yang dibuat oleh Shahida.
“Soalan itu terlalu banyak orang bertanya dan saya tak sangka benda ini viralâ€
“Apa pun, saya rasa soalan ini bukan saya sepatutnya anda bertanya dan Ya, saya lalui apa yang berlaku dan saya sendiri terkejut. Doakan baik-baik yaâ€
“Fail cerai? soalan itu ramai yang tanya dan tak sangka viral… bukan saya yang viralkan! Saya rasa soalan ini tak patut ditanya sebab bukan saya yang tuntut dan failkan.
“Ya! saya lalui dan saya terkejut tapi doakan yang baik-baik. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa!
“Merajuk? tak merajuklah… berbeza merajuk dengan tawar hati, saya rasa cukuplah… saya pun tak nak mengata orang,” katanya menerusi Instastory.
Saya tak nak klarifikasi hubungan kami tapi apa yang boleh beritahu saya bahagia dengan apa yang dilalui, tak perlu nak kutuk sesiapa.
Dalam perkongsian Insta-story nya juga Aliff Syukri berkata dia bukanlah merajuk sebaliknya sudah tawar hati selain akui ada menjenguk anak-anaknya beberapa kali dalam masa dua minggu.
“Sebenarnya saya selalu balik jumpa anak dalam dua minggu tiga kali atau seminggu sekali, cuma saya tak update di Instagram, tak semua saya update.
Menjawab soalan adakah dia sudah bersedia untuk mencari pengganti, jawab Aliff Syukri, dia masih belum terfikir ke arah itu kerana akui Shahida sememangnya seorang isteri yang baik. Biarpun begitu, dia tidak menolak untuk hanya sekadar berkawan dengan mana-mana wanita.
“Saya tak fikir lagi sebab yang ada pun baik bukan tak baik dan kalau nak berkawan sebagai kawan, bolehlahâ€
“Tapi kalau nak lebih-lebih itu, saya rasa buat sementara ini tak kot, saya nak fokus pada bisnes dan kerjaâ€
Terdahulu, menerusi laporan Harian Metro, menurut sumber terdekat Aliff Syukri, kes perbicaraan perceraian mereka bakal didengar semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam masa sama, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian.
Difahamkan, ketika ini pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan yang lalu.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan ramai apabila Aliff Syukri dikesan tidak lagi mengikuti isterinya di laman Instagram sehingga mengundang pelbagai andaian netizen.