Rumahtangga pasangan itu dikatakan retak berantakan apabila kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing, sejak bulan lalu. Tidak lama kemudian, ibu Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim pula dikatakan turut ‘unfollow’ menantunya di IG juga.
Shahida berkata dia tidak mengambil kisah mengenai perkara itu kerana itu adalah hak dan pilihan masing-masing. Bagaimanapun, baru-baru ini satu perkongsian Bonda Rozita menjadi perhatian ramai dan membuat spekulasi ianya ditujukan kepada menantunya, Datin Shahida.
Menerusi perkongsian itu, Bonda Rozita memuat naik status mengenai kata-kata nasihat mengatakan kesetiaan adalah harga mati dan jangan berharap untuk mendapatkan kesetiaan dari orang yang tak setia.
Ujarnya lagi, jika diberi pilihan antara paras rupa, kekayaan dunia dan setia sebagai ukuran ciri pasangan hidup, dia akan memilih setia. Status tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mendakwa ianya ditujukan kepada menantunya.
Mungkin kerana timbul pelbagai spekulasi dari netizen, difahamkan ruangan komen perkongsian oleh Bonda Rozita itu telah pun ditutup.
Posting Terbaru Bonda Rozita Seakan Bagi Hint Aliff Syukri Yang ‘Buat Hal’?Â
Terbaru yang menguatkan lagi spekulasi berpisah bila dikatakan ibu Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim unfollow instagram menantunya. Namun posting terbaru dimuatnaik Bonda Rozita menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen bila mana dia memuatnaik gambar beserta quotes…
Malah kalau dibaca caption posting tersebut juga seakan memberi ‘hint’ yang Aliff Syukri ada buat hal?
Jangan marah bini bebel! Tak semua salah “sebab Allah suruh menjaga pandangan mataâ€.
“Isteri marah x semua salah ada banyak betulnya ..lebih2 lagi bila diingatkn oleh isterinya untuk menjaga pandangan dr memandang wanita yg bukan mahramnya..!Sebab apabila “ suami naik marah bila bini tegur tu …â€
“Berhati2 lah sebab pada saat itu marah kamu itu bukan pd isteri..! tetapi marah kamu pada saat itu adalah terhadap Allah..!Kerana…apabila isteri telah meminta kamu sbg suaminya jgn melihat gambar ataupun video mana2 wanita di media sosial maka dia telah mengingatkn kamu supaya patuh pada perintah Allah iaitu didalam surah an-Nur ayat 30
“katakn lah kpd lelaki yg beriman agar mereka menjaga pandangannya dn memelihara kemaluannya yg demikian itu lebih suci..â€
Posting tersebut baru sahaja dimuatnaik 8 jam yang lalu dan mendapat reaksi positif pengikutnya di instagram.
Betul ke ditujukan untuk anaknya? Wallahualam…
Apa pun netizen janganlah terlalu cepat membuat dakwaan liar, mungkin perkongsian itu ditujukan kepada umum. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk rumah tangga mereka.