Terbaru, Aliff seolah memberi bayangan hubungan rumah tangganya sudah kembali pulih. Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata selepas 4 bulan berjauhan dengan isteri dan anak-anak, dia memilih untuk kembali ke pangkuan keluarga.
“Rindu sangat nak peluk anak saya Raudah. Lama saya menyepi, bukan merajuk cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang, dan apa yang saya perlukan dalam hidup.
“Empat bulan berjauhan dari anak di sisi kosong sebenarnya hidup saya dan saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga,†katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata isu rumah tangganya yang berlaku sebelum ini bukanlah gimik yang sengaja dicipta. Malah, Aliff mengakui bukan mudah untuk melalui ujian tersebut dan kini dia lebih menghargai keluarganya.
“Apa yang berlaku bukan gimik untuk meraih publisiti tapi saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumahtangga. Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur Alhamdulillah keluarga Allah keutamaan saya.
“Saya ingin menjadi seorang Alif Syukri yang baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri saya, family saya mak saya keluarga saya, sedar keluarga adalah segalanya dan Ramadhan ni memberi erti yang besar pada saya,†tulisnya.
Awal Mac lalu, pergolakan rumah tangga Aliff Syukri dan Nur Shahida menjadi bualan ramai apabila kedua mereka dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.