Sejak semalam, kecoh tentang kata-kata nasihat Bonda Rozita yang mengatakan kesetiaan adalah harga mati dan jangan berharap untuk mendapatkan kesetiaan dari orang yang tidak setia. Rata-rata netizen mendakwa perkongsian itu ditujukan buat Shahida.
Pelbagai spekulasi tercetus termasuk tersebarnya surat tuntutan cerai, Aliff menerusi Insta Story di Instagram memuat naik status memberi amaran, agar tiada pihak terus menyebarkan sebarang berita tidak benar kerana menurut Aliff isu tersebut bukanlah bermula darinya.
Malah dia turut memohon agar tidak mencabarnya dengan menambah sebarang khabar yang tidak benar kerana menurut Aliff isu tersebut bukanlah bermula dari pihaknya.
Aliff Beri Amaran
Terbaru, juga menerusi laman Insta-Story nya pelantun Cuba Bahagia ini memuatnaik status yang dipercayai ditujukan buat segelintir pihak. Tegas Aliff, dia memberi amaran kepada pihak tersebut untuk tidak melibatkan keluarga nya dalam isu kontroversi rumahtangga. Malah dia turut memohon agar tidak mencabarnya dengan menambah sebarang khabar yang tidak benar kerana menurut Aliff isu tersebut bukanlah bermula dari pihaknya.
Saling Unfollow
Terdahulu, Aliff dan Shahida dikatakan saling tidak mengikuti atau ‘unfollow’ akaun Instagram (IG) masing-masing, sejak bulan lalu. Bukan itu sahaja, ibu kepada Aliff, Rozita Ibrahim pula dilihat ‘unfollow’ menantunya sekaligus menguatkan lagi desas-desus rumahtangga pasangan yang dikurniakan lima cahaya mata itu kini sedang berantakan.
Shahida berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai tindakan ibu mentuanya ‘unfollow’ akaun Instagramnya dan sejujurnya dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu.