in

Aliff Aziz Mengalami Sesak Dada Bukan Sakit Jantung

Penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz yang baru sahaja putus cinta dengan pelakon Anne Ngasri dikhabarkan telah mengalami sakit dada dan sesak nafas, dipercayai kurang rehat dan tak cukup tidur. Ada spekulasi menyebut, segala berpunca gara-gara emosi beliau yang agak terganggu kebelakangan ini apabila berita tentang hubungan cinta dengan Anne Ngasri telah putus diperkatakan.

Aliff Aziz
 

Dalam Melodi semalam, Budiey ada dengar yang Aliff Aziz akan mengadakan sidang media untuk memberikan kenyataan sebab-sebab mengapa hubungan cintanya putus. Dijangka sidang media akan berlangsung pada minggu ini. Namun, Budiey masih belum menerima apa-apa undangan untuk menghadiri mana-mana sidang media yang melihatkan Aliff Aziz. Namun, mungkin juga Aliff Aziz bakal ditemubual semasa sidang media Anugerah Industri Muzik 19 yang akan diadakan pada hari Rabu ini. Mungkin jugak.

Penyanyi tinggi lampai ini telah dikejarkan ke hospital pada pagi semalam selepas mengadu sakit dada dan kini sedang berehat di rumahnya setelah dilepaskan pihak doktor.

Menurut pengurusnya, Adlina dari syarikat rakaman Sony Music Malaysia yang dihubungi oleh wartawan Portal Gua, penyanyi muda itu dijadualkan membuat persembahan sempena PJ Half Marathon 2012 anjuran Star Publications apabila mengadu sakit dada.

“Masa saya ambil dia di rumah, dia okay. Boleh gelak-gelak. Tapi bila kami sampai di ‘venue’, dia mengadu sakit dada, tak boleh nafas,” katanya.

Aliff dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk menjalani pemeriksaan lanjut dengan pakar.

“Doktor kata dia sesak nafas bukannya diserang sakit jantung. Doktor mengesyaki mungkin dia tak cukup tidur. Dia kena buat rawatan susulan esok. Ini kali pertama ia berlaku. Doktor nasihatkan dia untuk banyak berehat.”

Selepas persembahannya di PJ Half Marathon, Aliff sepatutnya terbang ke Singapura untuk menjalani sesi latihan di Esplanade, Singapura untuk sebuah persembahan pada 12 Oktober ini.

Terbaru, Aliff Aziz diberi cuti selama 1 bulan untuk berehat bersama keluarganya di Singapura.

Budiey doakan semoga Aliff Aziz cepat sembuh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maraton Filem James Bond di ntv7

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24