in , ,

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8, Bawa Pulang RM100,000

Konsert akhir Gegar Vaganza Musim ke-8 (GV8) menyaksikan Aliff Aziz bergelar juara. membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi kemenangan tajaan Astro. Tahniah Aliff Aziz!

Peserta yang diramalkan dari awal sebagai juara GV8, Aliff Aziz akhirnya dijulang sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Pada persembahan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi, Aliff menambat hati para juri dengan membawakan lagu Sampai Syurga serta duet bersama Hafiz Shuib menerusi lagu Dealova manakala saingan battle pula bersama Aweera menerusi lagu Budak Flat.

Tempat kedua dimenangi oleh Niki Palikat dan Suki Low berjaya merangkul tempat ketiga di pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan malam ini.

Tempat keempat pula menjadi milik Adibah Noor, Azan Scan di tempat ke-5 dan Aweera menduduki di tempat ke-6.

Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GegarVaganza musim kelapan bersiaran secara langsung dari Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8, Bawa Pulang RM100,000

Dikendalikan duo pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, persembahan konsert akhir GV8 diadili tiga juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Joe Flizzow. 

Tahniah buat Aliff Aziz!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kongsi Berita Kematian Bapanya, Uyaina Arshad & Raja Syahiran Lancar Single AKHIR WAKTU

Cofundr

Cofundr Lancarkan Kempen KITACOVER Khusus Untuk PKS di Malaysia