in

Aliff Aziz Berehat Sebulan Atas Nasihat Doktor Kerana Jantung

Pada jam 3.40 petang tadi, Budiey ada menerima perkhabaran tentang penyanyi Aliff Aziz yang telah diarahkan berehat selama sebulan atas nasihat doktor selepas mengalami serangan palpitasi jantung (denyutan jantung tidak teratur) pada Ahad.

Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat rakaman Sony Music yang menaungi Aliff petang tadi, penyanyi berusia 21 tahun itu akan dibawa pulang ke Singapura bersama keluarganya dan bakal menjalani rawatan susulan di tempat kelahirannya itu.

Penyanyi remaja Aliff Aziz yang kini cukup popular dengan lagu ‘Jangan Ganggu Pacarku’ di arahkan berehat selama sebulan atas nasihat doktor selepas beliau di serang palpilasi jantung(Denyutan jantung tidak teratur) semalam. Segala aktiviti seni beliau terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan beliau.

Aliff Aziz telah pulang ke Singapura bersama keluarganya dan akan menjalani rawatan susulan di sana. Hal ini tiada kena- mengena dengan isu hubungan cintanya yang dikatakan sudah putus bersama Anne Ngasri. Sidang media akan diadakan selepas Aliff kembali pulih untuk menjawab semua speklulasi yang melanda dirinya kini.

Sony Music Entertainment Malaysia mendoakan semoga Aliff Aziz segera sembuh dan dapat meneruskan aktiviti seni beliau. Di harap para peminat Aliff dapat mendoakan kesejahteraan Aliff. Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila hubungi pihak pengurusan syarikat rakaman.

Sekian terima kasih.

Segala aktiviti seninya juga terpaksa dibatalkan dengan serta-merta atas sebab kesihatan tersebut.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan, apa yang berlaku terhadap Alif itu tiada kaitan dengan isu keretakan hubungannya dengan pelakon Anne Ngasri, baru-baru ini.

“Sidang media khas akan diadakan selepas Aliff kembali pulih bagi menjawab segala spekulasi yang melanda dirinya kini,” kata kenyataan tersebut.

Penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada pada pagi Ahad sebelum dia sempat membuat persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012 yang dianjurkan Star Publications di sini

Aliff disahkan mengalami sesak nafas yang menyebabkan kesakitan pada bahagian dada ketika dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.

Aliff Aziz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jawatan Kosong Artis Budaya di Istana Budaya

Under 21 and Filthy Rich