in ,

Alif & SonaOne Sebar Mesej Positif dalam Single PUN BOLEH

“Jangan sekalipun soal kebolehan aku” – Tahun baru, diri yang baru. Alif dan SonaOne tampil dengan lagu yang sesuai untuk menjadikan tahun 2019 lebih bermakna dan membawa keyakinan.

Meneruskan pesan positif yang telah mereka semai dalam lagu “Obvious”, pasangan pemenang anugerah, penerbit dan penyanyi rap Sony-Kartelini kembali muncul dengan single berbahasa Melayu “Pun Boleh”berserta video muzik animasi arahan Eddie Ezuanterbitan 33.3.

Alif & SonaOne - Pun Boleh

Alif dan SonaOne sebarkan pesan positif dan keyakinan dalam single Bahasa Melayu dan video muzik animasi terbaru “Pun Boleh”

Make no mistake: “Pun Boleh” merupakan satu dedikasi khas yang ikhlas bertujuan untuk membangkitkan keyakinan diri hasil nukilan dua orang artis kontemporari tersohor Asia Tenggara masa kini. Sepanjang lagu ini Alif dan SonaOne meraikan kuasa dan potensi golongan yang sering terpinggir dalam lirik dan alunan muzik mereka yang hebat. Namun dalam penyampaian mereka yang penuh karismatik, kebenaran dalam mesej yang disampaikan diperkukuhkan lewat pesan: “Kalau aku nak, aku pon boleh” 

Alif & SonaOne - Pun Boleh

Melengkapkan karya ini adalah penerbitan yang jitu gabungan alunan hip hop, R&B, soul serta pop, menjadikan bunyi yang dihasilkan begitu gah dan kaya dengan aneka warna muzik.

Sebagai bukti yang mereka ‘tidak perlu menjerit’ untuk didengari Pun Boleh” turut menampilkan mastering oleh Chris Athens, yang pernah bekerja bersama Raekwon, Rick Ross, N.E.R.D. serta Mos Def, manakala adunan muzik mendapat sentuhan Jimmy Cash, yang baru-baru ini terbabit dalam album hebat tahun 2018 milik Travis Scott berjudul Astroworld.

Tonton Video Muzik Animasi – PUN BOLEH

Seperti muziknya video muzik lagu ini juga mempunyai dunianya tersendiri. Eddie Ezuan ingin menekankan kreativiti dan potensi yang tidak berpenghujung lewat kuasa animasi sambil mewujudkan seni yang dizahirkan oleh Alif serta SonaOne.

Oleh kerana itu, naratif video ini mengikuti setiap artis secara berasingan kala mereka menerokai dunia sains fiksyen yang berbeza, sehingga menghasilkan sebuah parti yang epik di mana mereka berdua bergabung dan memberikan persembahan kepada orang ramai sebelum menaiki kapal angkasa dan berangkat ke misi mereka yang seterusnya.

“Pun Boleh” merupakan bunyiperubahan dan pengecualian. Sambil anda menempuh 2019, jadikanlah lagu ini, tema pembakar semangat anda!

“Pun Boleh” akan berada di semua platform digital bermula Jumaat, 18 Januari 2019. Pautan: http://lnk.to/PunBoleh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Adira Tidak Kongsi Gambar Bersama Suami

Yang Menarik Tentang Beetle By Hatta Dolmat 2019Â