Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar menyambut anak perempuan keduanya kira-kira jam 6.45 pagi tadi. Alif berkata, bayi perempuan itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.41 kilogram. Isterinya, Shadila Halid dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sejak Selasa lalu.
“Alhamdulillah, keadaan anak dan isteri saya baik-baik saja. Anak saya dilahirkan sihat walafiat. “Kami sepakat menamakannya Ariana Mecca. Ariana bermaksud penuh kehidupannya. Mecca pula kerana saya dan isteri menunaikan umrah sebelum ini dan terdetik nama Mecca (Makkah) bagi melengkapinya,” kata pelakon drama Dia Semanis Honey itu.
Tambah Alif, anak keduanya itu disambut doktor sama yang menyambut anak sulungnya, Aleesya. “Doktor Idora yang menyambutnya. Doktor yang turut menyambut kelahiran Aleesya sebelum ini sangat baik dan memberikan layanan terbaik buat kami,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online