in , ,

Ali Puteh Tidak Menyesal dengan Tindakan Fail Saman Terhadap Kakak Ipar

“Saya tidak menyesal” itu kenyataan Ali Puteh ketika diminta mengulas tindakannya menfailkan saman terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 31, memberitahu, apa yang dilakukan ini dilihat sebagai satu tindakan yang betul dalam mengembalikan maruah keluarganya.

“Selepas abang saya pergi hanya saya satu-satunya lelaki dalam keluarga. Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya dikecam dengan pelbagai kata-kata tidak benar.

“Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu. Jadi saya akan tetap teruskan saman seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya,”

– Ali Puteh
ALI PUTEH SAMAN BALAS HIDAYAH

Sementara itu, Ali juga memberitahu laman sosialnya kini  juga dibanjiri pesanan netizen yang ingin meminta maaf.

“Yang masih mengecam itu saya anggap mereka tidak faham hukum faraid. Selalunya yang mengecam ni budak-budak. Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta arwah saya tahu hukum.

“Tapi sebenarnya lebih ramai yang meninggalkan pesanan minta maaf di laman sosial saya. Selama ini tidak tahu apa-apa. Jujurnya saya juga malu dengan apa yang berlaku.

“Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu. Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya,”

– Ali Puteh

Sebelum ini Ali memaklumkan dia menerima surat saman daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu. Saman itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Sumber: Utusan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usop Lancar Single Berjudul PENCINTA SETIAMU

Bagi Kereta Mewah Dekat Staf, Mutyara Tunjuk Riak?