Malah, ada yang terkejut dengan tindakan Ali membalas komen jujur yang ditulis netizen dengan cara kasar sehingga ada yang melabelkannya seorang yang panas baran. Gara-gara itu dia menerima pelbagai kritikan serta kecaman teruk, dimana ramai membandingkan keperibadiannya dengan arwah abangnya yang sangat jauh berbeza. Umum mengetahui Abam seorang yang berbudi bahasa dan baik hati.
Tidak tahan terus dikecam, Ali sekali lagi nampaknya tidak dapat mengawal emosinya dan mencabar netizen agar bersemuka. Lebih baik bertemu empat mata sekiranya ada yang ingin menghina dirinya, jangan hanya “berani” di media sosial sahaja.
“Bismillah… ayuh berdepan. Komen-komen minta gentle, berdepan empat mata baru sedap. Saya pelawa ini, bila-bila masa tau.
“Kalau nak maki atau hina saya, jangan di IG sebab tak gentle. Mesej DM saya jumpa depan-depan baru gentle.
“Ayuh!!! Jumpa… saya cabar berdepan ni. Terima kasih,”
– Ali Puteh
Sebelum ini, Ali berkongsi foto kenangan bersama arwah Abam ketika zaman kanak-kanak selepas sebulan pemergiaan abangnya itu.
Kalau nak maki atau hina saya, jangan di IG sebab tak gentle.
– Ali Puteh
Menerusi kapsyen di foto tersebut, Ali memberitahu dia dan ibunya, Sabariah Arshad merindui Abam yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu.
Dalam pada itu, rata-rata netizen menasihatkan pelawak itu supaya bertenang dan tidak perlu melayan komen-komen negatif.
“Kau tenang saja sudah. Tak payah kelam kabut, kau pun dah berkopiah putih. Elok diam saja, jadi orang sabar. Kau buat begini buka aib kau sendiri la.
“Ali… Jangan layan netizen. Tutup mulut dan diam lebih baik. Lagi kita lawan, lagi banyak syaitan merasuk.
– Netizen
Ali dikecam gara-gara kontroversi melibatkan dia dengan isteri arwah Abam, Nor Hidayah.
“Benda boleh bawa bincang. Gaduh bukan caranya. Mahu duduk rilex saja. Komen negatif jangan layan, benda mudah,”
– – Netizen
Ali sebelum ini mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej peribadi berbentuk kecaman di laman sosial. Ia berikutan gara-gara kontroversi yang membabitkan dirinya dengan isteri kepada arwah Abam iaitu Nor Hidayah.
Bila dalam keadaan tertekan dan emosi tidak stabil, pelbagai perkara atau perkataan tidak sepatutnya akan keluar yang hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tidak perlu terus membalas setiap kecaman, cuba untuk tenangkan diri.
Sumber: Mstar Online