Pelawak, Ali Puteh akhirnya selesai membayar hutang kepada Hidayah sebanyak RM72,490. Jumlah tersebut dipersetujui oleh peguam Ali selepas menolak hutang daripada balu Abam sebanyak RM3,000.
Kesemua wang tersebut dimasukkan melalui ‘Cash Depost Machine’ (CDM). Beliau juga ada kongsikan 27 keping resit sebagai bukti pembayaran.
Sebelum ini Ali ada datang ke rumah Hidayah untuk membayar hutang tersebut secara tunai, namun ditolak oleh Hidayah atas nasihat peguam.
Apa-apa pun kes mereka berdua sudah selesai dengan baik. Semoga kedua-dua pihak dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang selepas ini.