in , ,

“Alhamdulillah, Syukur Sudah Selesai. Itulah Sebaiknya.” – Ali Puteh

Itu reaksi pelawak, Ali Puteh berhubung keputusan tuntutan faraid harta peninggalan abangnya, Allahyarham Abam Bocey yang ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.

Itu kata pelawak, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau Ali Puteh susulan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini berkenaan faraid yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Ali pada 15 Julai lalu.

Pelawak Ali Puteh menerima baik keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang menetapkan pembahagian harta peninggalan Allahyarham abangnya, Abam Bocey mengikut hukum syarak. 
 
Menurut Ali, 32, ibunya iaitu Sabariah Arshad gagal menghadiri prosiding hari ini disebabkan keadaannya yang berkerusi roda. 

“Alhamdulillah… saya pun baru baca laporan media berhubung perkara itu. 
 
“Saya tak hadir sebab bawa isteri pergi pemeriksaan doktor. Dia kan nak bersalin dan lagipun prosiding itu tiada kaitan dengan saya.

“Ibu saya pulak kan pakai kerusi roda..Macam mana nak datang.
 
“Bagi saya, itu yang paling terbaik bila dah jadi begini. Baguslah, benda itu (harta peninggalan Abam) memang perlu difaraidkan,” 

– Ali Puteh

Sementara itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menegaskan sekali lagi dia dan keluarga tidak pernah menghalang proses faraid

“Memang saya tahu, orang cakap saya macam itu yang saya dan keluarga saya cuba menghalang proses tersebut. Orang anggap saya yang salah,”

– Ali Puteh

Ali ketika dihubungi berkata, perkara itu perlu dibuat mengikut hukum syarak sama seperti yang pernah dinyatakan dalam dua siri video yang dimuat naik sebelum ini.

Menurut Ali, pihaknya tidak pernah cuba menyekat harta peninggalan Allahyarham seperti didakwa segelintir pihak.

“Orang cakap saya nak halang harta arwah. Ya Allah Ya Tuhanku, kalau tengok sidang media saya yang awal dulu dan video terbaru, saya cakap sama saja. Kalau ikut hukum Islam memang itulah sebaiknya dan lebih bagus.

“Benda itu memang perlu difaraidkan kalau ikut hukum Islam. Syukur perkara ini sudah selesai. Memang itu yang terbaik. Apabila jadi begini orang anggap saya yang salah,”

– Ali Puteh
Hidayah Abam Ali Puteh

Ditanya mengenai status rumah peninggalan Allahyarham, Ali tegas menyatakan ia termasuk dalam faraid.

Sementara itu, peguam mewakili Ali, Noorazmir Zakaria dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir berkata, anak guam dan keluarganya tidak pernah rebutkan harta Allahyarham.

“Keputusan mahkamah tadi adalah pengisytiharan faraid siapa yang berhak. Jadi, dalam kes ini yang terbabit adalah balu, anak dan ibu bapa arwah.

“Dari awal lagi, permohonan yang difailkan balu tidak ada masalah dan tak perlu dipertikaikan. Malah, apabila saya terangkan kepada keluarga Ali, mereka tak pertikaikan. Ibu bapa arwah faham bahagian mereka.

“Cuma, selepas ini kami akan membuat permohonan surat kuasa tadbir untuk membahagikan harta peninggalan arwah dan dibahagikan menurut hukum faraid. Kita juga dalam proses untuk selesaikan pembahagian harta secara baik.

Balu arwah akan dimasukkan kerana dia berhak selaku penjaga sah anak yang masih bawah umur,”

– Noorazmir Zakaria

Ditanya mengenai status kereta jenis Toyota Vellfire milik Allahyarham, Noorazmir mengesahkan kereta itu sudah dilelong bank pada 19 Ogos lalu.

“Apa yang saya maklum, kereta itu sudah dijual dan dilelong. Kereta itu atas nama Allahyarham,”

– Noorazmir

Terdahulu, Hidayah berpuas hati dengan dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada prosiding yang berlangsung, hari ini.

Mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Allahyarham.

Kenapa Tak Datang Mahkamah?

Selepas urusan pembahagian faraid selesai, Instagram aliputeh_official diserang netizen bertubi-tubi. Mereka melontarkan pelbagai pertanyaan lanjut termasuk dakwaan pihaknya tidak hadir ke mahkamah.

Ali Puteh
Ali Puteh

Malah, netizen juga tertunggu-tunggu kenyataan media daripada Ali Puteh untuk menjelaskan isu ini.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

12 Fakta Mengenai Suami Mira Filzah, Wan Emir Astar

Selepas ‘Dynamite’ Cipta Fenomena, BTS Terus Kekal Takhta Billboard