Dalam dunia yang meraikan potensi diri, ALDO terus memperkasa dan memberikan inspirasi melalui kempen musim luruh terbaru mereka, “Own It. Heart It.”
Menampilkan kolaborasi bersama tiga selebriti terkemuka Asia: Cinta Laura, Gabbi Garcia dan Khanh Linh, kempen “Own It. Heart It” menekankan komitmen ALDO dalam meraikan gaya individual, pemerkasaan dan keyakinan individu.
Koleksi ini mengetengahkan kepelbagaian ALDO melalui rangkaian produk yang pelbagai selain menawarkan padanan sempurna untuk sebarang majlis:
1. Nail It. Heart It: Hari bekerja yang penuh bergaya.
2. Walk It. Heart It: Menelusuri perjalanan dengan bersahaja.
3. Glam It. Heart It: Gaya menyerlah di acara terkenal.
4. Dance It. Heart It: Menyerlah di acara tarian.
Sepanjang kempen, ALDO menekankan ciri-ciri keselesaan kasut mereka, dengan “Teknologi Pillow Walk,” memastikan pelanggan bukan sahaja kelihatan tetapi juga merasakan kehebatan.
Duta-duta jenama ALDO, Cinta Laura, Gabbi Garcia dan Khanh Linh, telah berkongsi keghairahan mereka terhadap produk tersebut, yang menyerlahkan keselesaan dan gaya yang dibawa ALDO kepada kehidupan mereka.
Cinta Laura, Selebriti & Usahawan Sosial, menyatakan, “Saya boleh berjalan seharian dan menari sepanjang malam dengan kasut ini. Ia bukan sahaja bergaya namun amat selesa dibawa ke mana mana!”
Gabbi Garcia, Pelakon & Pempengaruh Global, menyatakan, “Sepasang kasut selesa yang sempurna. Ternyata ALDO amat memahami kehendak masa kini. Ia sangat mudah disesuaikan dengan mana-mana pakaian.”
Khanh Linh, seorang Fashionista yang amat dikenali ramai, berkongsi, “Ini menjadikan waktu bekerja menjadi santai dan waktu libur lebih dinantikan. Ia amat selesa dan bergaya pula”.
Kempen bermula pada 23 Oktober 2023, dan akan terus memberikan inspirasi dan menyuntik semangat pelanggan sepanjang musim Musim Luruh dan Musim Sejuk.
Koleksi ini boleh dibeli di kedai ALDO dan laman web rasmi ALDO serta rakan kongsi pasaran dalam talian, menjadikannya mudah untuk pelanggan meneroka gaya peribadi mereka.
Mengenai ALDO
Ditubuhkan pada tahun 1972, ALDO, jenama utama kumpulan, menggayakan fesyen kepada kumpulan pelanggan yang pelbagai pada harga berpatutan untuk gaya bermusim yang mewah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aldogroup.com dan www.aldoshoes.com dan ikuti @aldo_shoes dan #AldoCrew di media sosial untuk mendapatkan kemaskini jenama kami.