Beberapa hari lalu, Budiey ada menerima perkhabaran dari penyanyi nasyid dan juga komposer terkenal, Hafiz Hamidun yang mengatakan beliau baru sahaja muncul dengan sebuah album berjudul Zikir Terapi Diri. Sebuah album yang terdapat banyak lagu-lagu zikir amalan harian yang diperhebatkan lagi dengan muzik yang easy-listening. Sungguh mendamaikan dan rilexing. Dengar ceritanya, album terbaru ini mendapat sambutan yang hangat sangat. Serentak dengan itu juga, Hafiz Hamidun melancarkan klip video salah sebuah zikir dalam album itu yang berjudul Lailaha Illallah. Beliau berharap, dengan munculnya video klip ini dapat menyuntik satu lagi alternatif dalam ibadah dan zikir harian.
Link untuk video ini ialah: http://youtu.be/4PiTfPMv6qQ
Gambar Cover Album Zikir Terapi Diri:
Album Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun diterbitkan oleh Arteffects International, dan diedarkan oleh Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. dan edaran bersama Arteffects Sdn. Bhd. Harga di pasaran cuma RM19.90 mengandungi 10 buah zikir-zikir utama untuk bekalan semua Muslim. Disertakan juga sebuah lagu bonus, Lawkana Bainana dari siri televisyen popular Arab Saudi. Album ini boleh didapati di kedai-kedai buku agama di seluruh negara berserta outlet-outlet muzik di pasaraya-pasaraya seluruh Malaysia. Album ini juga diedarkan di Malaysia, Singapura dan Brunei.