in

Album The Best Of Innuendo

THE BEST OF INNUENDO

Masihkah anda ingat pada kumpulan R&B yang sangat popular suatu ketika dahulu dengan single mereka bertajuk “Belaian Jiwa”? Lagu ini telah memperkenalkan INNUENDO ke mata dunia dengan sekelip mata. Kumpulan yang dianggotai oleh empat orang anak muda; Reymee, Taj, Pot dan Sam ini, merupakan perintis muzik R&B di Malaysia.

Kelebihan INNUENDO terletak pada kekuatan vokal mereka, termasuk secara individu mahupun berharmoni; Reymee dengan nada yang tinggi dan berkeupayaan adlib, Pot dengan suara tenor yang konsisten dan matang, Taj mewakili suara baritone yang lunak, manakala Sam dengan suara bernada rendah yang bertenaga.

Album The Best Of Innuendo

Di samping kelebihan suara setiap anggota kumpulan ini, INNUENDO juga begitu teliti dalam penyampaian setiap lagu-lagu mereka. Gabungan empat suara emas yang saling melengkapi ini digunakan sebaiknya melalui susunan vokal yang begitu dinamik dan harmoni. Hal ini menjadikan persembahan setiap lagu mereka kedengaran begitu sempurna, bukan hanya setakat membuai perasaan setiap pendengar, malah muzik mereka yang begitu indah mampu membuatkan setiap hati terpaut pada dendangan mereka.

Kebolehan INNUENDO menyampaikan lagu-lagu ‘soul’ dan R&B adalah tiada tolok bandingnya. Pada sekitar akhir tahun 90an, INNUENDO telah berjaya meletakkan nama mereka di peringkat yang tinggi di persada muzik tanah air. Dengan bimbingan Ahmad Izham Omar selaku penerbit album, INNUENDO telah diangkat sebagai ikon muzik R&B di Malaysia.

Fenomena INNUENDO tidak hanya tertumpu pada industri muzik sahaja, kegilaan INNUENDO juga menjadi kegemaran pihak-pihak penaja. Mereka juga menjadi pilihan utama untuk membuat persembahan pada rancangan-rancangan TV berprofil tinggi, kelab-kelab ekslusif, pelancaran produk-produk terbaru dan juga menjadi duta bagi produk-produk terkenal.

Pada zaman kegemilangan ini juga, INNUENDO telah memecahkan rekod Anugerah Industri Muzik (AIM 1998) menerusi album pertama mereka apabila berjaya membolot enam anugerah daripada 9 kategori yang dicalonkan. Anugerah-anugerah yang telah dimenangi adalah Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik, Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Album Inggeris Tempatan Terbaik, Susunan Muzik Terbaik (Belaian Jiwa) dan Lagu Terbaik (Selamanya) menerusi album sulung mereka.

Sepanjang karier nyanyian mereka, INNUENDO telah berkesempatan merakam 2 buah album di bawah naungan Positif Tone/EMI yang bertajuk Innuendo (1997) dan Brandnuendo (2002). Mereka juga berpeluang bekerjasama dengan beberapa artis terkenal tanah air ketika itu seperti TOO PHAT, POETIC AMMO, RUFFEDGE, VE, CAMELIA, SHEILA MAJID dan beberapa artis lain.

Kini, setelah hampir sepuluh tahun berlalu, muzik INNUENDO masih lagi segar dalam ingatan peminat muzik tanah air. Pihak Warner Music Malaysia bersama EMI Malaysia telah mengambil inisiatif dengan memasarkan sebuah album kompilasi khas buat para peminat INNUENDO yang tentunya mendambakan karya idola kegemaran mereka ini. Dengan menampilkan lebih 30 buah lagu, album ini tentunya mengembalikan nostalgia kegemilangan INNUENDO suatu ketika dahulu. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album kompilasi THE BEST OF INNUENDO ini termasuklah SO GOOD INSIDE, ONLY DANCIN’, BELAIAN JIWA, SELAMANYA, ONLY YOU, AKHIRNYA (ft CAMELIA), RATU HATI, JEZZEBELLE (TOO PHAT ft INNUENDO), FATHER WITH US (POETIC AMMO ft TAJ), MVP (NAUGHTIUS MAXIMUS ft INNUENDO), dan IT’S NICE TO BE ALIVE (POETIC AMMO ft SAM). Album ini boleh didapati di pasaran bermula 2hb Oktober 2012 dengan harga RM27.90.

Senarai lagu THE BEST OF INNUENDO

Disc 1

1. Inn-Tro

2. So Good Inside

3. Just For You

4. Squeeze

5. Don’t You Wanna Be

6. Gemawan

7. Swithching Of

8. Only Dancin’

9. Belaian Jiwa

10. Live Feel

11. Until The End Of Tmie

12. Body Song

13. A Lost Fairy Tale

14. Forever

15. Booties In The City

16. Come On With Me

17. 12 The Movies

18. Selamanya

19. Surroundtype Me

Disc 2

1. Only You

2. Akhirnya (With Camelia)

3. Back To The Future

4. The Way We Like It

5. Nanti (With Ruffedge & Ve)

6. Cant Wait (The Proposal)

7. Tidur Sayang

8. If I Could

9. Innuendo Feel

10. Tell Me

11. Movie Intermission

12. Ratu Hati

13. Body Song (Remix)

14. Jezzebelle – Too Phat Feat Innuendo

15. Trois

16. Father Be With Us – Poetic Ammo Feat Taj

17. Mvp – Naughtius Maximus Feat Innuendo

18. It’s Nice To Be Alive – Poetic Ammo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salam Semua Lagu Duet Aaron Aziz Dengan Sleeq

Gambar Sekitar Konsert Kemuncak Suria FM 2012