Budiey seakan tidak sabar untuk mendengar buah tangan terbaru isteri Datuk K ini. Judul album terbaru Siti kali ini agak lain sedikit bunyinya.
Kalau dulunya Siti Nurhaliza pernah menggunakan satu perkataan yang abstrak dan memerlukan kita merujuk kepada Kamus Dewan, seperti Adiwarna, Cindai, Pancawarna, Safa, Budiey Sita, Sahmura, Sanggar Mustika, Prastasi Seni dan Transkripsi… namun kali ini Siti Nurhaliza menaruh harapan dengan tajuk HADIAH DARIPADA HATI. Album ini dijangka akan menemui peminat pada AWAL DISEMBER INI! Yeyeeh!
Budiey sekadar ingin memetik coretan Siti Nurhaliza di Sitizone.com:
Siti telah berusaha memberikan yang semampunya daripada Siti dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya nanti. Ada gabungan komposer lama dan baru, komposer dalam dan luar negara.
Ada pelbagai rentak lagu, ada kelainan yang diperbuat daripada nyanyian dan komposisi dan maksud lirik yang pelbagai. Semoga anda bersedia menerima kehadiran “Hadiah Daripada Hati” dengan hati yang lapang.
Bagi Budiey… memang ‘dalam’ betul makna album kali ini. Untuk siapa hadiah itu? Untuk Datuk K? Oh! Sudah tentu buat peminatnya… atau mungkin tahun hadapan.. ada hadiah istimewa buat si suami tercinta? Siti Nurhaliza akan hamil? Siti Nurhaliza akan pakai tudung?
Terbaru pada hari Ahad ini, 25 November, Siti Nurhaliza akan bertarung dengan lagu Destinasi Cinta untuk kali terakhir di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir Pop Rock. Apakah kali ini Siti berjaya memboloskan dirinya dengan lagu Destinasi Cinta? Saksikannya di TV3, jam 9 malam.
Siti Nurhaliza juga akan ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji tidak lama lagi. Semoga segalanya selamat… selamat pergi dan selamat pulang.
Kenangan terindah ketika mengikut Siti Nurhaliza di Konsert Mega Siti Nurhaliza di Jakarta, Indonesia.