MAS IDAYU – KEKAL 1001
Dalam keadaan semasa dunia muzik yang sering berubah-ubah, begitu ramai nama yang pernah mewarnai dan melakar nama di dalam bidang ini semakin luput dalam ingatan pencinta dunia senisuara. Namun, terdapat seorang bintang senisuara yang terus berjaya mengekalkan namanya di persada seni; faktor lagu-lagu yang tidak lapuk ditelan zaman berbekalkan bakat nyanyian yang unik. Mas Idayu merupakan satu-satunya pejuang seni dangdut yang namanya masih bertahanhingga ke hari ini.
Di zaman keledakan irama kontroversi ini pada pertengahan tahun 1990an, Mas Idayu telah mengorak langkah memperjudikan nasibnya dengan mengorak irama dangdut bersama-sama Warner Music Malaysia.
Selepas lebih 10 tahun, Mas Idayu berjaya meninggalkan rakan-rakan seperjuangannya jauh di belakang, apabila namanya dan lagu-lagu dendangannya terus menjadi siulan ramai tanpa mengira batas generasi. Untuk menghargai bakat unik dari Kota Tinggi ini, Warner Music Malaysia dengan sukacita mempersembahkan album kompilasi yang unggul, Mas Idayu Kekal 1001, yang menampilkan koleksi 14 lagu-lagu terbaik rakaman Mas Idayu serta 2 lagu rakaman terbaru!
Perlu dikhabarkan bahawa Mas Idayu terus mempertahankan imej dan identitinya sebagai bintang serba-boleh yang bernuansakan dangdut sejak 15 tahun yang lalu. KEKAL 1001 (1001 melambangkan tanggal hari kelahirannya, 10 Januari) bukan sahaja menampilkan 12 rakaman-rakaman hebat Mas Idayu bersama Warner Music Malaysia, tetapi turut menampilkan 2 lagu yang pernah diabadikan Mas Idayu di dalam album tunggalnya bersama SynchroSound Records lewat 2003 (“Hasrat Perindu” dan “Tarian Cinta”).
Apatah lagi, 2 rakaman terbaru, “Dengar-Dengarkan” dan “Goda-Godaan” yang didokong oleh Uzae dan Mas Idayu sendiri bakal mewarnai dan memeriahkan lagi dunia senisuara yang semakin mencabar kini; kedua-dua lagu baru ini menampilkan konsep pop terbaru yang belum diterokai olehmana-mana penyanyi. Pendek kata, ini merupakan satu bonus buat peminat-peminat setia Mas Idayu, apabila album kompilasi ini merupakan albumnya yang ke-10 sepanjang penglibatan Mas Idayu 15 tahun yang lalu.
Berikut disertakan track listing bagi KEKAL 1001:
1) Dengar-Dengarkan (lagu baru) – muzik: Uzae & lirik: Mas Idayu
2) Robek Hatiku – muzik & lirik: Deddy Kochan
3) Hasrat Perindu – musik: Adnan Abu Hassan & lirik: Kumang
4) Dunia Cinta – muzik & lirik: Nabila
5) Selangit – muzik & lirik: Deddy Kochan
6) Cintaku 100% – muzik: Nabila & lirik: Ayu
7) Dendang Asmara – muzik & lirik: Amah
8) Gelitik Cintamu – muzik & lirik: Nabila
9) Bolehlah-boleh – muzik: Ronny & lirik: Nabilah
10) Tarian Cinta – muzik: Tam Spider & lirik: Kumang
11) Senggol-Senggolan, Cubit-Cubitan – muzik & lirik: Fitri
12) Duniaku Bebas – muzik: R.D.Burman & lirik: Fitri & Aizat
13) Tergoda – muzik & lirik: Darwis
14) Goyang Bali – muzik & lirik: Amar Makruf
15) Satu Tambah Satu – muzik & lirik: Deddy Kochan
16) Goda-Godaan (lagu baru) – muzik: Uzae & lirik: Mas Idayu
Jadi buat peminat-peminat Mas Idayu, KEKAL 1001 merupakan satu bonus buat anda, tatkala album ini dijual dengan harga yang sungguh istimewa: RM25.90 dan boleh didapati di pasaran terbuka dan gedung-gedung serbaneka sejak 19 Jun yang lalu. KEKAl 1001, terbaru dari Mas Idayu, hanya dari Warner Music Malaysia. Belilah yang original!