Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd 841132-U kini telah menerbitkan album hari raya istimewa berjudul “Ria Aidilfitri” dan diedarkan bermula 25 Jun 2016.
Bersempena dengan sambutan Ramadan dan Syawal, “Ria Aidilfitri” menjadi bingkisan istimewa buat semua peminat yang merindui kemunculan Noraniza Idris yang turut dimeriahkan dengan kemunculan artis-artis di bawah pengurusan NIPVSB.
“Ria Aidilfitri” menghimpunkan lagu-lagu terbitan NIPVSB dan nyanyian Noraniza Idris secara eksklusif bersama Ihab Ismail, Fee Haiqal, Fadzlee Sufri, Dalili Amerda dengan lirik yang turut ditulis oleh penulis lirik kreatif, Ahmad Fedtri Yahya yang juga merupakan artis di bawah naungan NIPVSB.
Album ini mengandungi 12 keratan lagu-lagu ciptaan baharu dan lama menerusi susunan muzik dan nyanyian artis terlibat. Istimewanya album ini turut mengenengahkan bakat nyanyian dan ciptaan anak bongsunya, Fee Haiqal dan Fadzlee Sufri, anak suaminya dari Singapura.
Terdapat 8 buah lagu baharu dan 4 buah lagu yang diberi nafas baharu.
Lagu – lagu baharu adalah terdiri daripada Rewang Raya (Noraniza Idris & Mimi Fly), Angin Cinta di Aidilfitri (Ihab Ismail/ Noraniza Idris/ Royce Sa’ayan dan Azmir Arif) , Linangan Syawal (Noraniza Idris / Fadzlee Sufri), Niatku (Fee Haiqal/ Ihab Ismail/ Dalili Amerda) , Titian Hidup (Ihab Ismail) , Ahlan Wasahlan Ya Syawal (Royce Sa’ayan/ Noraniza Idris / Ihab Ismail) , Aidilfitri Jadi Saksi (Fee Haiqal/ L’zzay Affendy) , Ria Aidilfitri (Ihab Ismail, Fee Haiqal, Noraniza Idris, Royce Sa’ayan, Azmir Arif, NIPVMania), Kalimah Lebaran (Razis Ismail/ Azmir Arif/ Noraniza Idris), Nostalgia Aidilfitri (Noraniza Idris/ Ihab Ismail/ Royce Sa’ayan/ Azmir Arif), Akar Kita Zapin Aidilfitri (Noraniza Idris/ Ihab Ismail/ Fee Haiqal/ L’zzay Affandy) dan Kasih Ibu/Seri Mersing (Noraniza Idris).
Album ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis undangan, Mimi Fly (One Nation Emcee), L’zzay Affandy , Royce Sa’ayan, Razis Ismail dan Azmir Arif.
Lebih istimewa, album ini turut dimeriahkan dengan pengisian sketsa pendek dan ucapan khas artis-artis terlibat yang membawa pesanan dengan tema yang disesuaikan mengikut setiap lagu yang turut dilakonkan secara santai oleh artis-artis yang terlibat.Menurut Noraniza selaku penerbit album ini, “album berkonsep sketsa pendek di dalam sebuah album sudah lama tidak diterbitkan.
Kali terakhir saya dengar album seperti ini adalah sewaktu saya berusia 7 tahun menerusi sebuah album melibatkan artis-artis popular ketika itu diantaranya seperti Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Latif Ibrahim, Hail Amir, Uji Rashid dan Datuk Khatijah Ibrahim.
Sehingga sekarang saya sangat merindui album itu dan sentiasa teringatkan mesej yang disampaikan di dalam sketsa tersebut sehingga mendorong saya untuk menghasilkan sketsa bermesej kepada masyarakat pendengar di setiap keratan yang diselang seli dengan lagu-lagu nyanyian kami.
Bagi peminat yang mendapatkan senaskah album istimewa ini pasti dapat merasai keunikan album ini yang dengan 22 track termasuk lagu-lagu dan sketsa selain ucapan khas Hari Raya artis-artis turut dimuatkan dalam album ini”.
Faktor penerimaan menerusi jualan cakera padat sekarang tidak perlu dibimbangkan lagi kerana banyak kemudahan untuk mendapatkan album “Ria Aidilfitri” ini. Album fizikal terhad ini boleh didapati di seluruh Malaysia edaran Rusa Marketing bermula 25 Jun ini.
Album Ria Aidilfitri dan tempahan pakej persembahan bersama artis-artis Ria Aidilfitri turut dibuka sempena bulan Syawal.
Di samping boleh didapati menerusi jualan digital dan promosi media sosial yang kian meluas dengan kerjasama edaran Rusa Marketing Sdn Bhd.
Bagi Noraniza, album “Ria Aidilfitri” ini dianggap sebagai album yang sangat istimewa kerana buat pertama kalinya beliau menerbitkan sebuah album berkonsep Hari Raya sepenuhnya walaupun melibatkan artis lain di dalam album ini tetapi konsepnya disusun sangat unik dan tersendiri.
Peminat bukan hanya dapat mendengar lagu-lagu baharu sahaja malah dapat menyimpan koleksi lagu-lagu lama Hari Raya sebelum ini dalam sebuah album.
Setelah 30 tahun berada di dalam industri muzik Malaysia, menerusi penerbitan album ini juga saya dan artis terlibat bersetuju untuk mengambil bahagian dalam projek album ini yang bertujuan berhibur sambil beramal.
Kami turut bersetuju untuk sedekahkan sebahagian royalti jualan senaskah cakera padat album ini kepada keluarga Dalili Amerda, artis kami yang juga salah seorang peserta Ceria Popstar kini sedang mengumpul dana membiayai perubatan ayahnya yang mengalami kanser darah tahap empat. Begitu juga kepada salah seorang kumpulan promosi NIPVMania, Hazirah Yusof, yang kini menghadapi dugaan kerosakan saraf mata menyebabkan buta seumur hidup.
Semoga usaha saya dan artis-artis yang terlibat dalam album “Ria Aidilfitri” ini dapat membantu mereka yang memerlukan.
Semoga “Ria Aidilfitri” ini dapat menghiburkan dan memberi kemanfaatan kepada peminat setia yang ingin bersedekah sambil berhibur. Begitu juga buat peminat yang sekian lama merindui kehadiran Noraniza Idris sebagai penggiat seni budaya dalam Industri Muzik Malaysia menerusi penerbitan album ini dan menjadi buah tangan istimewa sempena hari raya ini.
Sebarang tempahan persembahan Ria Aidilfitri dan pertanyaan lanjut boleh hubungi email kami [email protected]. Serta layari website www.akarkitazapin.com.my atau hubungi talian kami di 0162918066.