in , , ,

Album Laku Keras! Album Fizikal MANIFESTASITI2020 Siti Nurhaliza Terima Anugerah Emas

Figura muzik tersohor Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan suatu nama besar dalam industri muzik tanahair malah di rantau ini. September lalu, penyanyi yang lebih mesra disapa sebagai Dato’ Sri Siti telah dinobatkan sebagai Malaysia’s Most Admired bagi kategori wanita oleh portal YouGov, sebuah syarikat penyelidikan terkemuka di dunia yang mengumpul data dan maklumat hasil perkongsian pandangan dari 9.6 juta ahli mereka dari seluruh dunia.

Sejak melancarkan albumnya yang ke-18 ‘ManifestaSITI2020’ pada 3 Julai lalu, lagu-lagu baharunya kembali berkumandang di corong-corong radio dan suara merdunya kembali menjadi santapan halwa telinga pendengar. Album yang memuatkan 11 buah lagu itu termasuk lagu ‘Anta Permana’ yang pernah menduduki tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). 

Turut dimuatkan dalam album ini adalah lagu ‘7 Nasihat’ yang mula diperdengarkan kepada khalayak pada Februari lalu, menyaksikan Dato’ Sri Siti berganding dengan penyanyi duo Hip Hop, Kmy Kmo dan Luca Sickta.  

SITI NURHALIZA

Walaupun ketika itu situasi ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 sedang membadai dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang meresahkan rakyat Malaysia, namun tidak menghalang Dato’ Sri Siti untuk memperkenalkan lagu ‘7 Nasihat’ ini kepada pendengar. 

Album Fizikal MANIFESTASITI2020 Siti Nurhaliza Terima Anugerah Emas

Strategi & Promosi Berkesan Beri Impak Jualan Album

Kebijaksanaaan Dato’ Sri Siti dalam mempromosi lagunya dalam masa yang sama berkempen menggunakan lagu ‘7 Nasihat’ yang diubahsuai liriknya telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang usaha membendung penularan wabak Covid-19 ketika itu.

Apatah lagi bila beliau melancarkan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza yang ditubuhkan untuk membantu pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi penularan wabak Covid-19 dalam negara, telah menaikkan lagi profilnya sebagai penyanyi berhati besar. 

SITI NURHALIZA

Menerusi lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ yang diangkat sebagai lagu tema drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ yang ditayangkan di slot Akasia TV3 pada Julai lalu, sekali Dato’ Sri Siti berjaya menambat hati pendengar sehinggakan lagu itu berjaya tersenarai dalam carta radio dan carta platform digital sehingga ke hari ini.

Malah video muzik rasmi ‘Aku Bidadari Syurgamu’ berjaya mencapai lebih 10 juta tontonan sejak dimuatnaik di YouTube pada Julai lalu.

Walaupun  sudah bertapak selama 24 tahun dalam industri seni, Dato’ Sri Siti masih mempunyai magis tersendiri apabila karya terbitannya tidak pernah tidak mendapat sambutan pendengar. 

Namun Dato’ Sri Siti  berjaya membuktikan bahawa album fizikal (CD) masih ada permintaan dalam pasaran apabila  CD ‘ManifestaSITI2020’ telah mencapai jualan lebih 5,000 unit.

Siti Nurhaliza

Pencapaian ini telah melayakkan Dato’ Sri Siti menerima Anugerah Emas (Gold Award) daripada syarikat Universal Music Sdn. Bhd.

CD ‘ManifestaSITI2020’ dijual menerusi SNP On Pay iaitu sistem pemasaran oleh Affiliate yang diwujudkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. Album ini masih boleh dilanggani di SNP On Pay termasuk Boxset ManifestaSITI2020. Boxset istimewa ini mempunyai CD ManifestaSITI2020, buku nota, buku jurnal, pelitup muka dan juga pensanitasi tangan.

Mengulas tentang album fizikal yang menerima Anugerah Emas, Dato’ Sri Siti berkata,

“Saya bersyukur kerana di dalam era digital, album fizikal saya masih mendapat sambutan baik setelah 4 bulan berada di pasaran.

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan saya berharap agar jualan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa’,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Selain mendapatkan CD ‘ManifestaSITI2020’, penggemar muzik juga  boleh menikmati album digital di di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer. Album ini diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WeTV iflix Siar Filem AKU BUKAN GILA Lakonan Beto Kusyairy & Fasha Sandha

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Edisi Ke-33 dalam Budaya Norma Baharu