in

Album KOTAK BERAKSI Power Of Indonesian Rock

Semenjak kemunculan mereka dalam sebuah pertandingan, power adalah modal utama kumpulan ini. Belanjutan dari album mereka membuat kita yakin mereka tahu apa yang disebut rock. Dan sekarang, KOTAK kembali dengan kekuatan yang lebih besar dan seterusnya membuat kita jatuh hati.

Menerusi album KOTAK KEDUA, Tantri (Vokal), Cella (Gitar), Cua (Bass) dan Posan Tobing (Dram), membuat lagi-lagu mereka lebih sarat dengan emosi. Penumpahan emosi mereka langsung terasa menerusi lagu-lagu yang menggambarkan kecintaan mereka untuk menghibur para pencinta rock. Sebuah lagu yang menghadirkan banyak unsure rock moden.

KOTAK membangun bukan bukan hanya dengan dentuman bass, raungan gitar yang gemuruh serta deruman drum, tetapi juga programming serta single yang menghiasi susunan lagu muziknya yang cukup segar. Lagu yang diberi judul Beraksi ini dijamin bakal berlangsung membawa imaginasi pendengar untuk terus berasak-asak kedepan pentas untuk bersama-sama Beraksi bersama KOTAK.    

Di album ini, KOTAK bermain dengan lirik yang lebih direct, tapi menusuk hati. Ini sangat terasa menerusi lagu yang berjudul Kosong Toejuh. Vokalis mereka Tantri membuatkan lagu ini terasa sangat nakal. Tetapi ini adalah trend kehidupan remaja sekarang ini yang tidak lagi menbezakan jantina dalam urusan cinta. Lagu Ini dirumus dengan modern rock yang menghentak, dihayungkan lagi dengan gaya nyanyian rock era 90-an. Cukup mengembangkan, lalu ertinya mereka juga masih memberi ruang pada muzik rock moden. Seiring dengan perkembangan teknologi, instrumen di dunia juga tidak terbatas pada instrumen standard. Namun tetapi banyak elemen lain yang boleh menghiasi muzik. Seperti permainan ambience, menggunakan looping dan sampling. 

Berikutnya, KOTAK yang menhanyutkan lagi perasaaan kita menerusi lagu “Masih Cinta’. Dibalut muzik yang agak ringan, tetapi tidak ketinggalan karektor yang kuat. Dengan distorsi dan kenyaringan vokal. Vokal Tantri memang memberi warna yang kuat dalam setiap lagu KOTAK. Karektor suaranya makin terbangun setelah beberapa tahun perjalanan karier muziknya. Di setiap lagu, Tantri cuba memberi gaya yang berbeza. Tetapi tetap dengan gaya rock 90an.

Khusus di lagu “Masih Cinta’ ini, kita akan menikmati nuansa yang sedikit berbeza. Ini terjadi kerana sentuhan seorang penulis lagu yang rajin melempar lagu-lagu hits sukses. Dia adalah Dewiq, tapi bukan sepenuhnya ini jadi karya Dewiq. Proses yang terjadi adalah mereka menulis dan menyusun lagu-lagu ini bersama.

Sedangkan dalam hal pengolahan lirik KOTAK semakin kreatif mengeksplorasi dunia cinta. Terlihat dari judul lagu yang makin variasi. Seperti “Kembali Untukmu”, “Tinggalkan Saja” dan “Mencintaku dan Dia”.

Dari semua perkembangan yang terjadi dalam tubuh yang pasti gairah muzik rock tak akan pernah hilang. Kerana dari jalur itulah mereka lahir, tumbuh dan besar. Dari hati yang paling dalam, mereka menciptakan sebuah lagu yang berjudul “Rock Never Dies”. Lagu ini menggambarkan bagaimana kesiapan mereka untuk menggegar pentas persembahan serta menghanyutkan perasaan kita.

Tinggal kita bertanya pada diri kita sendiri, sudah siapkah kita menerima kedatangan muzik rock dari KOTAK. Are you ready?

Lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah:-

1.Beraksi
2.Kosong Toejuh
3.Tinggalkan Saja
4.Berbeda
5.Lagi Lagi
6.Tetap Ada
7.Masih Cinta
8.Terluka
9.Mencintaiku Dan Dia
10.Bayang Abadi
11.Rock Never Dies
12.Kembali Untukmu

Album ini diedarkan oleh Suria Records Sdn.Bhd (SRC) dan dipasarkan pada 12 Januari 2009 dalam bentuk CD pada harga RM29.90.

Untuk para pelanggan Maxis/ Hotlink jadilah pemuat turun terbanyak lagu-lagu KOTAK pada bulan Febuari dan Mac 2009, dan anda berpeluang untuk memenangi NOKIA Music Express untuk setiap bulan tersebut. Keterangan lanjut www.musicunlimited.com.my dan pilih bahasa melayu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Siapa Yang Tengah Disolek Ni?

Trivia: Gambar Cincin Besar Siapa Ni