Anak ke dua dari tiga adik beradik dari pasangan Robert Jean Lewis dan Rinie Soejati ini dibesarkan dan tinggal agak lama di Belanda, menyelesaikan pendidikan formal hingga ke peringkat universiti di University of The Hague, Management and Law, The Netherlands. Gadis berdarah campuran Belanda dari belah ayahnya dan Magelang dari belah ibu ini mengatakan bahawa menyanyi awalnya hanya sebagai hobi sahaja.
Bakat menyanyi dan menulis yang dimiliki oleh Rebecca telah nampak sejak berusia 8 tahun. Ayahnya yang mempunyai hobi bermain muzik dan juga seorang pemain band, sangat mempengaruhi gaya muzik dan ayunan suara Rebecca sebagai seorang penyanyi. Namun Rebecca tak hanya percaya apa yang sudah ada pada dirinya selama ini, Ia pun mengasah bakat menyanyinya dengan mengikuti latihan vokal dan belajar di sekolah muzik di Belanda. Setelah melalui proses yang cukup panjang, akhirnya di akhir tahun 2006, pihak 88 music mengajak Rebecca untuk bekerjasama untuk melahirkan sebuah album.
Album pertama yang diterbit oleh DJ Sumantri di bawah label 88 music ini mempunyai 10 lagu yang banyak berceritakan tentang wanita dan cinta. Tema tersebut dilantunkan Rebecca dalam berbagai genre muzik seperti R&B, Jazz, Pop dan Rock. Single yang bertajuk TANPAMU menjadi lagu hits di dalam album ini, lagu ini telah masuk ke carta radio dan video klipnya yang selalu ditayangkan di TV di Indonesia. Kini Rebecca telah menyelesaikan video klip keduanya yang bertajuk MAAFKAN AKU MENCINTAI KEKASIHMU, yang digarap oleh Rio sebagai sutradara dalam pembuatan video klip kedua ini.
Di dalam proses pembuatan album KATA HATI ini banyak dibantu oleh beberapa pemuzik yang cukup handal di Indonesia salah satunya Dewi Q pada lagu “MAAFKAN AKU MENCINTAI KEKASIHMU”, dan juga dibantu oleh Oni Krisnerwanto (Sa’Unine String Ensemble) pada string Arrangement di beberapa lagu. Aransemen lagu-lagu di album KATA HATI ini dilakukan sendiri oleh sang produser. Di album pertamanya ini, Rebecca juga turut menyalurkan bakatnya dalam pembuatan lirik dan lagu, seperti pada lagu “KU INGIN KAU TAHU” di lagu ini menceritakan bagaimana perasaan seorang wanita terluka, kerana adanya perbandingan-perbandingan dirinya dengan wanita sebelumnya oleh sang pria.
Dalam lagu “TANPAMU” yang menceritakan tentang kehidupan seorang wanita tanpa jejaka idaman yang selama ini ada di dalam kehidupannya, sedangkan di lagu “BENARKAH” yang berceritakan tentang keraguan perasaan seorang wanita terhadap kekasihnya yang selama ini selalu hadir di dalam hidupnya. Selain itu, pada lagu “MALAM INI” mengisahkan tentang satu malam di mana malam itu perempuan itu ingin pasangannya mencurahkan hasrat hati yang selama ini dirasakan, dengan nada-nada musik yang mengiringi, seperti yang tertera di bahagian lirik lagu tersebut… Apa Yang Kau Mau, Rasakan Hatimu, Tunjukan Padaku Apa Yang Ada Di Hatimu, Apa Yang Kau Mau, rasakan Hatimu, Tunjukan Padaku Apa Yang Kau Inginkan dariku.. dan pada “RAHASIAKU”, Rebecca cuba menyampaikan bagaimana cara untuk menyimpan rahsia mengenai perasaan cinta terhadap temannya yang selama ini hanya sebagai teman biasanya, dan berharap jejaka tersebut tahu dan mengerti akan perasaan sang wanita.
Dengan sisi kecantikan dan warna suara yang unik yang dimiliki oleh Rebecca, diharap dapat menambah warna baru dalam dunia muzik Indonesia dan Malaysia yang tidak dapat dilewatkan begitu saja.
Temui Rebecca di Malaysia dari September 5 hingga 8, 2007.
Esok, Konsert Gwen Stefani akan diadakan di Stadium Tertutup Bukit Jalil pada jam 9 malam. Walaupun mendapat bantahan dari ramai pihak namun konsert vokalis No Doubt ini diteruskan juga. Ikuti ulasan lanjut sepanjang konsert Gwen Steffani Sweet Escape dan gambar Gwen Stefani serta gambar sekitar konsert Gwen Stefani di Sensasi Selebriti.