in ,

Album Fazura Dijual 6,000 Unit & Didengari 5 Juta di Platform Digital

Pada hari Ahad lalu, penyanyi Fazura telah mengiburkan 400 peminat bertuah dalam showcase ONE Music Live Session dengan mendendangkan lapan lagu dan turut berduet bersama suaminya melalui lagu Cinderella.

Album Fazura Dijual 6,000 Unit & Didengari 5 Juta di Platform Digital

Album Fazura yang dilancarkan pada tahun lalu telah mencatat sejarah peribadi tersendiri apabila album berkenaan terjual sebanyak 6,000 unit dan distrim lebih lima juta kali di platform digital. Fazura belum dimaklumkan tentang perkara ini dan dapat tahu pun semasa sidang media.

Sejak perkahwinannya bulan lalu, pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin, dan suaminya Fattah Amin kini menjadi pasangan selebriti sensasi yang sering menjadi perhatian ramai.

Humble! Ini Cara Fazura Jawab Soalan Media, Tiada Sebut Pun ADA AKU KISAH!

Namun, seperti yang dilihat berlaku baru-baru ini, masih ada beberapa individu yang seakan-akan iri hati dengan kebahagiaan yang dikecapi pasangan ini dengan melontarkan sindiran dan provokasi terhadap mereka.

Jelas Fazura, 34, dia enggan melayan atau ambil pusing terhadap sebarang provokasi yang dilihat seolah-olah cuba ‘memancing’ emosinya.

Malah, ujar aktres berkenaan, sekiranya benar terdapat beberapa individu yang berniat sebegitu seperti yang didakwa oleh netizen sebelum ini, perkara itu tidak langsung memberi kesan kepadanya.

“Saya pun tak nak cakap pasal orang dan kalau orang nak cakap pasal saya pun, terpulanglah kepada mereka. Itu bukan urusan saya kerana saya hanya mahu fokus kepada diri saya. Kalau orang lain nak fokus pada saya, itu terserahlah kepada mereka.

“Kita tak tahu niat orang, jadi lebih baik untuk kita tidak bercakap banyak mengenai perkara itu,” katanya memetik BH Online.

Fazura ditemui pihak media selepas menjayakan showcase One Music Live Session Fazura di sebuah hotel di ibu negara, semalam.

Sebelum ini, para netizen mendakwa bahawa pengacara dan usahawan popular, Neelofa menyindir Fazura di Instagramnya yang menyebabkan kedua selebriti itu menjadi bualan hangat di laman sosial.

Dalam pada itu, mengulas mengenai nama produk bulu mata palsunya, #beFaz yang dikatakan menyerupai jenama produk hijab Neelofa yang dilancarkan baru-baru ini, Fazura berkata dia tidak menganggap perkara itu sebagai suatu isu besar.

“Secara jujur, kami sudah mula mengusahakan produk ini dan menjalankan kempen sejak tahun lalu. Cuma kami ambil masa untuk melancarkannya sejajar dengan penganjuran showcase ini.

“Kalau ada orang lain yang nak gunakan jenama itu pun tak mengapa… Saya okay saja jika nak berkongsi nama dan idea. Ini kerana saya sedar yang saya juga boleh menjadi sumber inspirasi buat orang lain,” ujar Fazura.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OPPO A71 (3GB) dengan 32GB ROM Hanya RM699

Pelakon Marvel Studios’ Avengers: Infinity War Akan Berada di Singapura